Adik Beradik Sampai 11 Orang, Suami Isteri Dirikan Khemah Dalam Rumah Ini Tarik Perhatian
Bagus juga idea mereka ini!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila tiba hari raya pasti semua akan pulang ke kampung halaman bukan?
Namun, bila sudah berkumpul ramai-ramai juga ada batasannya seperti ruang yang tidak mencukupi dan kekurangan privasi.
Tular satu video baru-baru ini, berkenaan sepasang suami isteri mendirikan khemah di kampung telah meraih perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Adik beradik ramai sangat sampai tak cukup bilik
Menerusi video yang dimuat naik oleh @aunihaniss di TikTok, kelihatan sepasang suami isteri menunjukkan khemah yang didirikan di dalam rumah.
Apa yang membuatkan netizen terpegun adalah ruangan dalam khemah tersebut yang mampu memuatkan tilam. Menurut pemilik video, si suami mempunyai 11 adik beradik. Tidak hairanlah jika tidak cukup bilik.
“Sebagai anak bongsu yang kena kick dari bilik... idea ini memang bernas” - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen suka akan idea mereka memasang khemah indoor.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.4M views, 103.1K likes dan 600 comments di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tiktok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!