“Dah Jumpa” - Wanita Tercicir Kuku Palsu Sewaktu Beraya Di Rumah Orang Ini Jadi Perhatian
Lepas ini mesti dia serik.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bila tiba Hari Raya Aidilfitri, pasti semua orang teruja ingin memakai baju baru dan berhias
Lebih-lebih lagi golongan wanita. Daripada baju, makeup hinggakan ke kuku mesti perlu nampak cantik.
Tular satu video baru-baru ini, berkenaan seorang perempuan yang tercicir kuku palsunya sewaktu beraya telah mendapat perhatian ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Seronok sangat beraya sampai tak perasan kuku palsu tertanggal
Menerusi video yang dimuat naik oleh @natashazamm di TikTok, kelihatan seorang wanita menunjukkan tangannya yang cantik dihias dengan kuku palsu.
Apa yang mengejutkan netizen adalah apabila dia memaparkan screenshot mesej yang menyatakan kuku palsunya sudah dijumpai. Rupa-rupanya kuku palsunya tercicir di rumah orang sewaktu beraya.
Di akhir video tersebut, dia sempat menunjukkan kuku palsunya yang melekat di bekas kuih raya.
“Nasib tak jatuh dalam makanan kalau tak dah termakan” - Netizen
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan kejadian tersebut.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 289.1K tontonan, 29.9K tanda suka dan 438 komen di TikTok.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di Tiktok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!