seismik

Tak Tahu Nak Masak Apa? Ini 5 Food Content Creator Yang Boleh Anda Ikuti

Semua memang berbakat!

Cover image via Che Nom (YouTube)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memasak boleh dikatakan sebagai satu bakat yang sangat hebat dan antara hobi yang digemari ramai

Pada zaman sekarang yang penuh dengan teknologi, semua orang boleh memasak hanya dengan melihat video yang dimuat naik di Internet. Cakap sahaja nak masak apa, pasti resepi sudah sedia ada!

Jika kalian buntu nak masak apa ataupun ingin mencuba resepi baru, ini 5 food content creator yang anda boleh ikuti!

1. Che Nom

Youtuber serba boleh yang berasal dari Kedah ini mempunyai hampir 1.66 juta subscribers di YouTube. Che Nom berkongsi resepinya sejak tahun 2013 dan telah berjaya memuat naik sebanyak 270 video masakan untuk tontonan umum.

Che Nom sememangnya mahir memasak tidak kira masakan Melayu klasik, western, Thai, dan banyak lagi. Beliau juga banyak berkongsi resepi kuih-muih serta pencuci mulut.

Resepi Che Nom diakui anti-gagal, maka anda semua boleh ikuti Che Nom di YouTube, Instagram dan Twitter.

2. Khairulaming

Siapa sahaja yang tidak mengenali tagline ‘Hey, what’s up guys?’, betul tak? Food content creator terkenal ini sudah berkongsi resepi sejak tahun 2018 dan telah berjaya meraih hampir 3.4 juta followers di Instagram. Khairulaming sangat digemari masyarakat di Malaysia oleh kerana resepinya yang ringkas dan mudah.

Video masakannya sangat dinanti-nantikan apabila tiba bulan Ramadan kerana beliau akan berkongsi 30 resepi untuk 30 hari. Tambahan lagi, beliau juga merupakan pengasas Sambal Nyet.

Inginkan resepi semudah ABC? Ikuti Khairulaming di Instagram, TikTok dan Twitter.

3. Nahlah Rasul

Mempunyai 1 juta pengikut di TikTok, food content creator ini gemar berkongsi resepi dessert yang comel serta mouth-watering.

Walaupun usianya masih muda, Nahlah sememangnya berbakat dalam membuat kek serta pencuci mulut. Jika kalian tengok rupa kek yang dibuat, pasti rasa sayang sangat untuk dimakan.

Teringin buat kek atau dessert yang comel? Ikuti Nahlah di Instagram, TikTok dan Twitter.

@nahlahrsl

Reply to @ghudyniz I made the strawberry version

original sound - nahlahrsl - nahlahrsl

4. Danish Harraz

Walaupun berumur 15 tahun, tidak menjadi halangan bagi Danish Harraz untuk berkongsi minatnya dalam bidang masakan. Chef cilik ini bukan sahaja pandai memasak dan baking, malah dia juga bijak dalam bidang bisnes.

Kalian pasti terpegun melihat kebolehannya memasak pada usia muda. Mempunyai sebanyak 251K followers di Instagram, chef cilik ini sememangnya disukai ramai.

Dapatkan resepi-resepi menarik dengan mengikuti Danish Harraz di Instagram dan Twitter.

5. Hamdan Mubarak

Mempunyai sebanyak 1.1 juta pengikut di TikTok, food content creator ini sering menjadi rujukan. Daripada minuman, lauk-pauk Melayu hingga masakan western, beliau ada resepinya.

Masakannya memang sangat menyelerakan, maka tidak hairanlah ramai yang suka melihat content Hamdan Mubarak.

Dapatkan inspirasi masakan dengan mengikuti Hamdan Mubarak di TikTok dan Instagram.

Jadi, inilah 5 food content creator yang kalian boleh rujuk. Selamat mencuba!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: