Ini 8 Tips Untuk Pelajar Di Kolej & Universiti 'Berjimat Cermat' Ketika Pemulihan Ekonomi
Rakyat Malaysia sangat digalakkan untuk berjimat dalam perbelanjaan untuk memperbanyakkan simpanan ketika ini.
Pandemik Covid-19 sedikit sebanyak telah memberi kesan secara menyeluruh kepada setiap masyarakat
Ada yang sudah biasa bergaji besar sebelum ini namun patah kaki apabila diberhentikan kerja. Ada pula yang kasi pagi makan pagi berniaga tepi jalan untuk menyara keluarga namun terpaksa tangguh perniagaan disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Tidak kira siapa anda, setiap orang pasti terkesan dari segi mental atau fizikal dengan kehadiran wabak ini.
Baru-baru ini tular seorang wanita yang sanggup membawa periuk nasi ke sebuah restoran di Jakarta gara-gara mahu berjimat.
Umumnya, jika kita ke kedai makan pasti kedai tersebut menjual nasi putih untuk makan bersama hidangan lain namun tindakan wanita ini sangat mengejutkan kerana dia tidak mahu di caj untuk sepinggan nasi putih.Ini boleh dikatakan satu penjimatan yang sangat ekstrem!
Image via Kool FM
Kini, situasi ekonomi Malaysia bukanlah dalam satu tahap yang memuaskan oleh itu kita haruslah mencari jalan untuk kelangsungan hidup
Inilah bukanlah untuk menakut-nakutkan anda, namun inilah realitinya. Ada yang terpaksa lakukan dua tiga kerja untuk menyara diri dan keluarga kerana mereka tiada simpanan kecemasan.
Apabila sudah biasa berbelajan dan kini isi dalam poket sudah mula berkurangan adalah lebih baik untuk mula berjimat cermat.
Sebelum bertindak salahkan sesiapa tidak kira bos anda atau jiran sebelah rumah atau kerajaan yang memerintah, cuba kita perhatikan diri sendiri dahulu. Tiada siapa boleh berubah, kecuali diri sendiri bertindak untuk mengubahnya.
Cuba bayangkan sekiranya pandemik Covid-19 tidak wujud dan kita masih tidak pandai mengurus wang dan berjimat semasa masih cukup isi dalam poket, adakah anda rasa tiada faktor lain yang mungkin akan menjejaskan ekonomi negara?
Pandemik Covid-19 bukanlah satu-satunya punca ekonomi Malaysia malah ekonomi dunia terjejas. Ada pelbagai faktor lain yang boleh menjadi punca dan antaranya ialah peningkatan harga minyak, peperangan, kelemahan sistem pemerintahan negara dan sebagainya.
Image via Free Malaysia Today
Berikut dia bawah adalah tips untuk pelajar di kolej dan universiti berjimat-cermat:
1. Komputer dan laptop
Beli komputer atau laptop yang dapat memenuhi keperluan anda bukannya beli komputer atau laptop yang memenuhi kehendak anda.
2. Telefon pintar
Tidak dapat dinafikan bahawa telefon merupakan satu keperluan di zaman sekarang dan semua pelajar kini mempunyai telefon pintar mereka sendiri.
Tetapi perlu diingatkan bahawa anda tidak perlu beli telefon pintar yang terlalu mahal untuk kegunaan harian anda.
3. Jual barangan yang tidak diperlukan
Kadang kala kita tergelincir dan akan membut pembelian barangan yang tidak diperlukan. Biasanya pakaian cantik berjenama ataupun pembelian yang berdasarkan hobi.
Sekiranya kita kesempitan wang, juallah barangan sebegini terlebih dahulu sebelum membuat sebarang hutang.
4. Cuci baju sendiri
Baju pelajar biasanya tidak banyak dan pelajar mempunyai masa yang banyak terluang terutamanya di hujung minggu.
Basuh baju anda sendiri dan elakkan dari menghantar baju ke dobi atau menggunakan mesin pencuci berbayar.
5. Jangan merokok atau vape
Merokok sentiasa memberikan impak yang negatif sama ada dari segi kewangan mahupun kesihatan.
Sebagai seorang pelajar, baik anda simpan semua duit yang anda terfikir untuk gunakan untuk membeli rokok itu.
Anda akan lebih jimat kerana wang anda tidak akan dikeluarkan untuk membeli rokok yang akhirnya menjadi abu.
6. Memanfaatkan kad pelajar
Terdapat kedai-kedai buku dan alat tulis yang memberikan potongan istimewa untuk pelajar universiti. Gunakan kad pelajar anda semasa membuat pembelian buku atau alat tulis.
7. Jangan bercinta
Cara ini mungkin kurang digemari oleh ramai pelajar kerana ramai pelajar yang mengambil kesempatan untuk mencari pasangan masing-masing semasa belajar.
Berpacaran menyebabkan anda selalu keluar bersama dan menghabiskan duit kepada hiburan yang tidak perlu seperti tengok wayang dan sebagainya.
Berpacaran juga menyebabkan bil penggunaan telefon bimbit meningkat. Jadi jika nak berjimat, jangan berpacaran atau pilih pasangan yang ‘low maintainance’.
8. Gunakan perpustakaan sepenuhnya
Belajar di universiti memerlukan bahan rujukan yang banyak. Setiap subjek memerlukan bahan rujukan yang berlainan. Oleh itu, gunakan perpustakaan sepenuhnya untuk meminjam buku-buku rujukan tersebut.
Tidak berbaloi untuk anda membeli kesemua buku-buku rujukan itu kerana kebanyakan buku tersebut hanya digunakan untuk 1 atau 2 semester sahaja. Anda boleh juga pinjam buku rujukan daripada saudara mara atau kawan-kawan yang telah habis belajar kerana ini juga adalah cara yang bijak untuk berjimat.
Semestinya sebagai seorang pelajar, anda mungkin mempunyai pelbagai kekangan untuk berjimat, tetapi dalam masa sama, masih terdapat ruang-ruang untuk anda lebih teliti terhadap keadaan kewangan. Duit belanja yang diberikan oleh ibu bapa dan duit pinjaman yang anda terima haruslah digunakan dengan baik dan berjimatlah semasa menggunakannya.
Jadi, semoga tips dan informasi yang dikongsikan ini dapat dipraktikkan oleh kita bersama. Berjimat itu bagus namun jangan pula kita berjimat dengan terlalu ekstrem sehingga membahayakan diri dan orang sekeliling.
Anda boleh dengar kisah penjimatan ekstrem yang berkaitan topik hari ini di sini untuk dengar lebih lanjut.
Penulis: Adinna
Kool FM memberi anda segala berita terkini, isu-isu semasa yang trending dan juga berita hiburan yang terbaru.
Dengarkan topik menarik di Kool FM dengan hanya klik di SINI!
Image via Kool FM
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment