Ini Antara 14 Bola Rasmi Yang Pernah Digunakan Pemain Sepanjang Edisi Piala Dunia FIFA
Bola pun ada nama, bukan biasa-biasa!
FIFA World Cup merupakan perlawanan bola sepak kasta tertinggi bagi peringkat antarabangsa
Kemunculan kejuaraan bola sepak Piala Dunia yang berprestij pada tahun ini pula berlangsung di Qatar merupakan edisi ke-22.
Edisi kali ini juga turut menyediakan 32 slot buat negara-negara yang layak dan hebat bagi merebut trofi Julet Rimet itu.
Jadi, jom kita lihat 14 bola rasmi yang pernah digunakan sepanjang berlangsungnya perlawanan bola sepak Piala Dunia FIFA ini.
1. Telstar (Piala Dunia 1970, Mexico)
Image via JUGO MOBILE
Bola ini merupakan bola sepak pertama rekaan Adidas buat Piala Dunia. Bola Telstar ini juga merupakan bola pertama yang menggunakan corak 32 panel.
Penggunaan warna hitam putih pada permukaan bola adalah untuk memudahkan para penonton menyaksikan perlawanan dengan lebih jelas melalui kaca televisyen klasik hitam putih.
2. Telstar Durlast (Piala Dunia 1974, Jerman Barat)
Image via LA TERCERA
Bola ini merupakan versi pembaharuan bagi Telstar 1970. Pada edisi itu, mereka menggunakan dua jenis bola iaitu warna yang sama hitam putih dan juga bola yang diselaputi dengan warna putih pada keseluruhan permukaannya.
Bola tersebut juga dikenali sebagai Adidas Cile.
3. Tango Durlast (Piala Dunia 1978, Argentina)
Image via SOCCER BIBLE
Tango Durlast merupakan bola yang menggunakan corak 20 panel dan triad yang membentuk ilusi 12 lingkaran pada permukaannya.
Corak bola ini juga turut digunakan pada 5 edisi Piala Dunia ke hadapan.
4. Tango Espana (Piala Dunia Sepanyol, 1982)
Image via BLOGSPOT
Pada Piala Dunia 1982, bola Tango Espana merupakan bola sepak pertama yang menggunakan permukaan kalis air dan juga menjadi bola terakhir yang menggunakan bahan asli dalam pembuatannya di pentas Piala Dunia.
5. Azteca (Piala Dunia 1986, Mexico)
Image via FOOTBALL TRIBE
Bola Azteca merupakan bola sepak pertama yang menggunakan bahan sintetik dan juga memiliki bahan kalis hujan.
Corak permukaan pada bola itu juga turut diinspirasi oleh Azpec.
6. Etrusco (Piala Dunia 1990, Itali)
Image via FOOTBALL TRIBE
Bola Etrusco merupakan bola pertama yang menggunakan lapisan bahagian dalam dengan black polyurethane foam.
Nama dan corak bola ini diambil bersempena dengan sejarah Itali serta seni Etruria, di kawasan tengah negara Itali.
7. Questra (Piala Dunia 1994, Amerika Syarikat)
Image via FOOTBALL TRIBE
Bola Questra mempunyai ruang dan komposisi yang unik kerana ia lebih tahan air, lembut, pantas dan mudah dikawal.
8. Tricolore (Piala Dunia 1998, Perancis)
Image via World Cup Ball
Bola ini merupakan bola pertama yang menggunakan warna selain daripada hitam dan putih. Sama seperti namanya, Tricolore memiliki 3 warna bagi melambangkan bendera Perancis.
9. Fevernova (Piala Dunia 2002, Korea dan Jepun)
Image via MEDIUM
Fevernova memperkenal corak yang berbeza jika ingin dibandingkan dengan corak bola-bola sebelum ini. Pemilihan warna juga diinspirasi berdasarkan sokongan daripada benua Asia.
10. Teamgeist (Piala Dunia 2006, Jerman)
Image via GOAL
Memiliki corak yang berbeza dan unik, Teamgeist juga mempunyai warna yang mirip dengan bendera Jerman.
Pada pusingan akhir edisi tersebut, bola Teamgeist yang digunakan pada ketika itu memiliki warna emas sama seperti warna trofi Piala Dunia.
11. Jabulani (Piala Dunia 2010, Afrika Selatan)
Image via INDEPENDENT
Pada edisi Piala Dunia tersebut, penggunaan bola ini menjadi kontroversi kerana beberapa pemain turut memberikan kritikan dan masalah pada bola berkenaan.
Rata-rata penjaga gol yang beraksi pada kejuaraan tersebut juga meluahkan rasa ketidakpuasan hati kerana kualitinya yang sukar ditangkap.
12. Brazuca (Piala Dunia 2014, Brazil)
Image via GQ ESPANA
Pemilihan nama bola ini turut mengambil jalan yang sukar kerana hampir 1 juta nama saringan telah dibuat. Akhirnya, nama Brazuca dipilih sebagai bola rasmi Piala Dunia 2014.
13. Telstar 18 (Piala Dunia 2018, Rusia)
Image via SOCCER BIBLE
Bola Telstar merupakan bola rasmi pada edisi Piala Dunia 2018. Pihak Adidas kembali menggunakan nama Telstar.
Namun, coraknya sangat berbeza dan memiliki keunikan yang lain berbanding sebelumnya.
14. Al-Rihla (Piala Dunia 2022, Qatar)
Image via FOURFOURTWO
Bola Al-Rihla merupakan satu-satunya bola yang menggunakan teknologi moden. Lebih menarik lagi, terdapat penderia atau 'sensor' seberat 14 gram di dalamnya.
Ia membolehkan lokasi bola dikenal pasti setepat mungkin apabila menilai gol, offside dan aspek lain permainan itu serta terbukti sebagai alat yang berguna untuk disambungkan ke sistem video bantuan pengadil atau VAR.
Fuh, yang last sekali tu paling smart :')
Image via TENOR
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment