seismik

"Dakwah Tersirat" - Ini Antara Unsur Islam Diperkenalkan Qatar Di Piala Dunia 2022

Terbaiklah!

Cover image via Sky Sports & Majoriti

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada 20 November 2022 yang lalu, secara rasminya FIFA World Cup telah membuka tirai

Memasuki edisi yang ke-22 ini, Qatar diberikan kepercayaan untuk menjadi tuan rumah bagi perlawanan bola sepak yang terulung ini. Piala Dunia 2022 ini akan bersiaran langsung bermula 20 November sehingga 18 Disember 2022.

Dalam sejarah FIFA World Cup kali ini, Qatar merupakan negara Islam pertama yang menjadi tuan rumah bagi perlawanan berprestij ini. Perkara ini merupakan perkara yang membanggakan buat seluruh umat Islam.

Di kesempatan itu, penganjur FIFA di Qatar menyampaikan beberapa elemen-elemen Islam secara tersirat. Jom kita tengok elemen Islam yang disampaikan!

Image via Giphy

1. Ayat 13, Surah Al Hujuraat dibaca semasa opening ceremony

Dalam sejarah piala dunia sejak tahun 1930, bacaan Al-Quran berkumandang buat pertama kali dalam opening ceremony kali ini. Ayat 13 dari Surah Al Hujuraat dimulakan bagi menceritakan tentang kisah kemanusiaan, penyatuan dan pemuafakatan dalam manusia sejagat.

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu)."

Image via The Telegraph

2. Kongsi hadis dan akidah muslim ada di setiap sudut

Qatar memaparkan sabda Rasulullah S.A.W di setiap dinding dan sudut bagi mempromosikan keindahan Islam. Malah, di dalam bilik hotel mempunyai bar code khas yang memperkenalkan ajaran Islam dan definisi mengenai ajaran akidah muslim.

Image via Majoriti
Image via Siraplimau

3. Mikrofon diletakkan di setiap stadium

Di Qatar, mereka meletakkan mikrofon di setiap stadium. Perkara ini bertujuan untuk para penonton boleh mendengar laungan suara azan yang merdu. Bilal juga ditugaskan secara bergilir-gilir untuk melaungkan azan.

4. Ruang solat yang selesa disediakan

Penonton muslim yang hadir ke stadium, kali ini mudah untuk mereka menunaikan solat. Hal ini kerana, pemerintah Qatar telah menyediakan ruang solat dan menjadikannya sebagai fasiliti yang utama buat para penonton. Kemudahan ini juga merupakan kemudahan yang pertama kali dalam sejarah bagi penganjuran FIFA World Cup.

Image via Majoriti

5. Museum Of Islamic Art (MIA) mula beroperasi

Museum of Islamic Art (MIA), mula beroperasi kembali setelah 18 bulan tutup kerana renovasi. Muzium ini mempamerkan seni dan artifak Islam selama 14 abad dari seluruh dunia. Tambahan pula, Qatar Guest Center juga menyediakan seramai 200 pasukan, 10 kenderaan dan 10 khemah bagi membimbing dan memberikan keselesaan untuk orang ramai yang ingin mengetahui tentang sejarah Islam.

Image via Essen Of Qatar

6. Bagi ‘free goodies’ barangan sunnah kepada semua penonton yang datang

Pada perlawanan kali ini, para penonton akan menerima goodie bag khas Piala Dunia 2022 Qatar. Apa yang menarik perhatian adalah, mereka akan diberikan minyak attar (minyak wangi) dan kayu gaharu sebagai salah satu barang di dalam goodies. Barang ini merupakan barangan sunnah yang digunakan oleh umat Islam.

Menarik kan! Banyak unsur tersirat dakwah Islam disampaikan dalam anjuran FIFA World Cup 2022 kali ini. Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat untuk anda semua.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: