Ini Antara Tempat Menunggang Kuda Anda Boleh Kunjungi Di Sekitar KL, Selangor & Putrajaya
Jom naik kuda!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti menunggang kuda adalah salah satu aktiviti outdoor yang digemari ramai
Pasti anda juga pernah merasa naik kuda bukan? Kadangkala anak-anak pula yang lebih seronok dan teruja untuk menunggang kuda berbanding diri kita.
Itu adalah satu petanda yang bagus kerana mereka boleh belajar disamping dapat meluangkan waktu lapang bersama ahli keluarga.
Jom, kami kongsikan di sini antara tempat menunggang kuda di sekitar Selangor dan Putrajaya yang anda boleh kunjungi.
1. Kelab Berkuda Al Heyzum
Image via Kelab Berkuda Al Heyzum (Facebook)
Image via Kelab Berkuda Al Heyzum (Facebook)
Kelab Berkuda Al Heyzum adalah pusat latihan berkuda yang menerapkan sifat kepimpinan dan kebolehupayaan dalam menjalankan setiap aktiviti berkuda. Malah, anda juga boleh menunggangnya bersama anak-anak.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Alamat: Lot 922, Jalan Belakang Pusat Pertanian, Sungai Bertam 44300 Batang Kali, Selangor, Malaysia.
2. Denai Alam Recreational and Riding Club (DARC)
Image via DARC Horse
Image via DARC Horse
DARC merupakan tempat destinasi yang sesuai untuk aktiviti keluarga. Di sini juga terdapat beberapa kemudahan asas untuk memastikan semua orang berasa seperti di rumah sendiri.
Yang paling penting anak-anak juga dapat menerokai dan merasa sendiri pengalaman menaiki kuda!
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Alamat: No 1, Jalan Elektron U16/100, Seksyen 16, Denai Alam, Denai Alam, 40160, Selangor.
3. Gombak Horse Riding Club by GHRC
GHRC menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk anda menaiki kuda. Pastikan anda menghubungi dulu sebelum datang ke tempat mereka kerana takut tutup atau sebagainya.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Alamat: Lot 5639, Jalan sg pusu, Kampung Sungai Pusu, 53100 Kuala Lumpur, Malaysia.
4. Taman Ekuestrian Putrajaya
Image via Taman Ekuestrian Putrajaya (Facebook)
Image via Taman Ekuestrian Putrajaya (Facebook)
Terletak di Presint 5, taman ini diapit oleh tasik yang sangat cantik, taman seluas 70 ekar yang dimiliki oleh Perbadanan Putrajaya II menawarkan kemudahan dan perkhidmatan ekuestrian yang terkemuka setanding dengan taman-taman terkenal di seluruh dunia.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Alamat: Precinct 5 Putrajaya, Malaysia.
5. 3Q Equestrian Centre
Image via 3Q Equestrian Centre (Facebook)
Image via 3Q Equestrian Centre (Facebook)
3Q Equestrian ialah ladang menunggang kuda milik persendirian seluas 30 ekar yang ditubuhkan sejak 1990. Ia merupakan tempat latihan dan pertandingan di Asia Tenggara. Di sini juga mereka telah melahirkan ramai atlet Ekuestrian terkemuka. Jika anda berminat, anda juga boleh merasainya sendiri.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Alamat: No. 3 Sungai Serai 48050 Rawang, Selangor, Malaysia.
6. Rubinga Equestrian Park
Image via Rubinga Equestrian Park (Facebook)
Image via Rubinga Equestrian Park (Facebook)
Bertempat di dua lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor iaitu di Kampung Changkat dan MAEPS. Ia menempatkan lebih 40 ekor kuda yang sebahagian besarnya merupakan kuda-kuda infaq untuk dimanfaatkan kepada pelbagai lapisan masyarakat.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Alamat: Rubinga Equestrian Park, Lorong Changkat Damai, Kg Changkat 68100 Kampong Gombak Utara, Selangor, Malaysia.
7. Titiwangsa Horse Stable
Image via World Orgs
Image via The Star
Tempat ini terletak di dalam Taman Tasik Titiwangsa. Anda berpeluang untuk menunggang kuda dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Sesuai untuk anak-anak kecil juga. Tempat ini beroperasi pada waktu hujung minggu dan cuti persekolahan saja.
Klik di sini untuk maklumat lanjut.
Alamat: Titiwangsa, 53200 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.
Bosan-bosan dekat rumah tu kalau tak tahu nak buat aktiviti apa bolehlah naik kuda :D
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment