Ini Cara Untuk Anda Mohon Rebat RM300 Peranti & RM180 Data Bagi Program Jaringan Prihatin
Semak kelayakan anda di sini!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti umum mengetahui Program Jaringan Prihatin B40 telah pun diumumkan dalam Belanjawan 2021
Melalui program ini, kerajaan menyediakan bantuan sebanyak RM300 bagi pembelian peranti baru dan RM180 untuk melanggan pelan data bulanan daripada syarikat telekomunikasi seperti Celcom, Digi, Maxis, U Mobile dan lain-lain.
Program Jaringan Prihatin dijangka memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat daripada kumpulan B40 untuk memiliki telefon pintar atau menikmati bantuan pelan jalur lebar internet.
Sebanyak RM3.5 bilion diperuntukkan bagi menjayakan program tersebut. Jom lihat kelayakan untuk mendapatkan bantuan ini!
Siapa yang layak menerima bantuan ini?
Semua penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak untuk menerima bantuan di bawah Program Jaringan Prihatin ini.
Terdapat 2 kategori yang layak menerima bantuan berikut:
- Mempunyai anak kurang daripada 18 tahun: Bantuan RM300 untuk pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun⠀⠀
- Tidak mempunyai anak: Bantuan RM180 untuk pakej peranti ATAU RM180 pelan data untuk setahun
Image via Kementerian Kewangan Malaysia (Facebook)
Bagaimana cara nak tebus bantuan ini?
2. Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi pilihan anda.
3. Tentukan pilihan anda (Pembelian peranti baru ATAU pembelian pelan data internet bulanan).
4. Nikmati data percuma yang ditawarkan.
Image via Kementerian Kewangan Malaysia (Facebook)
Jom daftar sekarang di telekomunikasi pilihan anda!
Jangan lupa tebus sebelum tamat tempoh ya!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment