seismik

"Rindu Masakan Mak" - Gadis Ini Nangis Dapat Parcel Daripada Ibunya Di Kampung

Siapa potong bawang ni? Sedih pulak!

Cover image via @intanatilia12 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Umum sedia maklum, kerajaan mengenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang musim raya tahun ini

Rata-rata penduduk di daerah dan negeri yang dikenakan PKP tidak boleh merentas ke mana-mana untuk mengekang penularan wabak Covid-19. Disebab itu, ada yang terkandas dan tidak boleh balik ke kampung untuk beraya.

Ramai yang rindu keluarga di kampung disebabkan dah lama tak balik. Sama seperti video gadis ini yang tular di TikTok apabila dia menerima parcel daripada ibunya di kampung akibat tidak boleh merentas negeri.

Lihat video penuh itu di bawah:


@intanatilia12

tak dapat balik raya. Mama hantar parcel dari kampung #raya #takbalikraya

original sound - Atiliousss - Atiliousss

Nangis selepas makan kerepek pisang buatan mak

Menerusi video yang dimuat naik oleh @intanatilia12 di laman TikToknya, kelihatan dia sedang membuka bungkusan daripada ibunya di kampung.

Sebaik saja dibuka, dia gembira melihat kerepek pisang yang dihasilkan oleh ibunya sendiri. Akibat terlalu rindu dengan keluarga, dia dilihat seperti menitiskan air mata semasa makan kerepek pisang itu.

Gadis yang bernama Intan itu meluahkan rasa rindunya terhadap masakan mak. Disebabkan tak dapat balik raya, dia beraya seorang diri tanpa keluarganya.

"Kita senasib, dah 2 tahun tak balik jenguk mak dekat kampung" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati bahawa rata-rata netizen memahami perasaan dan keadaan gadis itu. Malah, ada juga yang meluahkan perasaan sedih mereka kerana sudah lama tidak pulang beraya di kampung.

Ketika artikel ini ditulis, video ini berjaya meraih 441K views, 50K likes dan 2K comments di TikTok.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Sabar ya dik, mungkin ada hikmahnya. Hargailah masa bersama keluarga selagi mampu! :')

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: