Ini Cerita Hitam Di Sebalik Lagu 'Nursery Rhymes' Yang Ramai Tak Tahu. Meremang Bulu Roma!
Alamak, takut pula.
Bayi serta kanak-kanak yang masih kecil sememangnya memerlukan suasana tenang untuk tidur
Image via Buka Review
Tidur memang penting untuk bayi dan kanak-kanak kecil. Bayi berusia kurang daripada enam bulan memerlukan tidur selama 16 jam sehari dan ianya adalah lebih berbanding kanak-kanak lain untuk perkembangan tubuh dan otak. Namun, apabila umur mereka meningkat, tempoh tidur mereka juga akan semakin berkurangan kerana si kecil sudah mula pandai bermain dan aktif setiap hari.
Sampaikan nak tidurkan mereka pun menjadi lebih sukar, bukan?
Sebab itulah kadang-kala ibu bapa di luar sana memerlukan bantuan nursery rhymes untuk dipasang supaya lebih senang untuk anak-anak tidur
Image via Giphy
Tapi tahukah anda, lagu-lagu nursery rhymes yang popular seperti Baa Baa Black Sheep, London Brige Is Falling Down, Three Blind Mice dan banyak lagi sebenarnya mempunyai maksud dan cerita 'hitam' di sebalik liriknya?
Mungkin ramai yang masih belum tahu. Perkongsian mengenai kisah hitam di sebalik lirik lagu nursery rhymes ini telah dikongsi oleh seorang pengguna Twitter iaitu @PopPelangi atau lebih dikenali sebagai Puan Eleena M di laman Twitter miliknya.
Baca penuh di bawah:
Setiap lagu ada cerita 'hitam' di sebaliknya!
Image via Twitter @PopPelangi
1. Baa Baa Black Sheep
Lagu ini sebenarnya merupakan lagu protes terhadap cukai bulu kambing yang dilaksanakan oleh Raja Edward I pada 1275, kerana mahu membiayai perang menentang pemberontakan di Wales, berperang dengan Scotland dan Perancis.
Lagu ini menyentuh sistem kelas pada zaman itu dimana bagaimana harta negara dibahagikan. Master merujuk pada Edward I, dame merujuk kepada tuan tanah, dan 'little boy who lives down the lane' merujuk kepada harta rakyat yang dibahagi semuanya.
Pun begitu lagu ini juga turut digunakan oleh golongan anti penghambaan di England pada kurun ke-18 dan di Amerika Syarikat di era sebelum Perang Saudara, merujuk kepada penghambaan kaum Afrika di negara tersebut.
Pada asalnya ia tidak mempunyai melodi, dan melodi ditambah pada tahun 1740 berdasarkan lagu rakyat Perancis, Ah! Vous dirai-je, maman dan muziknya kemudian diolah oleh Mozart pada 1781. Selain Baa Baa Black Sheep, lagu ABC dan Twinkle2 Little Star juga berdasarkan melodi ini.
Image via Google
2. London Bridge Is Falling Down
London Bridge Is Falling Down mempunyai banyak teori. Antaranya adalah serangan tentera Olaf II dari Norway ke atas England pada 1014 yang meruntuhkan jambatan di Sungai Thames.
Lagu ini juga dikatakan mengisahkan ritual korban kanak-kanak yang dilakukan secara ritual pada satu masa dahulu, walaupun pakar sejarah tidak dapat mengesahkan kejadian tersebut.
Selain itu, lagu ini juga dikaitkan dengan kebakaran besar London pada 1666 yang mengakibatkan jambatan itu musnah akibat kebakaran tersebut. Bagaimanapun yang popular ialah tentang korupsi semasa pembaikan jambatan ini di zaman Henry I, dimana kos membina jambatan ini dikatakan disonglap oleh gundik baginda, Matilda dari Scotland.
Image via Google
3. Three Blind Mice
Lagu ini dikatakan mengisahkan tentang hukuman bunuh terhadap 3 paderi Anglikan oleh Ratu Mary yang menganut Katolik. Ratu Mary, dikenali sebagai Bloody Mary membutakan mata paderi2 ini, pun begitu mengikut catatan sejarah, paderi2 ini dibakar hidup-hidup.
Dikatakan maksud "3 blind mice" itu merujuk kepada paderi tersebut yang "membutakan" hati mereka dengan menolak ajaran Katolik.Lagu ini ditulis oleh Thomas Ravencroft, merujuk kepada peristiwa sejarah tersebut.
Image via Google
4. Ring Around The Rosie
Walaupun ramai yang mengaitkan lagu ini dengan Black Death yang berlaku pada 1347-1351 akibat wabak bubonik, yang mengakibatkan kematian 200 juta orang, tetapi ia sebenarnya mengisahkan Second Pandemic yang berlaku di London pada 1665.
Wabak bubonik yang berasal dari tikus, dikatakan membiak akibat dari kencing dan najisnya, disamping pembentungan najis yang tidak sistematik.
Image via Google
5. Jack and Jill
Ada banyak kisah yang berkait tentang lagu ini, antaranya mengisahkan tentang cerita komedi pada zaman Elizabethan sekitar 1560an. Pun begitu ada yang mengaitkan tentang pembunuhan Raja Louis XVI dan isterinya Marie Antoinette dalam Revolusi Perancis 1789-91.
Image via Google
Sebenarnya banyak lagi lagu-lagu popular lain yang dinyanyikan oleh kanak-kanak dan dijadikan sebagai nursery rhymes
Menyeramkan!
Jika anda tahu apa-apa lagu lain yang mempunyai kisah di sebalik lagu tersebut, boleh kongsi di ruangan komen!
Ish, seram pula tengok gambar-gambar ini!
Baca juga antara kisah seram sejuk lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment