'Katil Ditendang & Ada Bunyi Cakaran' - Kisah Seram Pelajar UiTM Ini Buat Bulu Roma Naik!
Semua kejadian aneh ini dikatakan berlaku di Kolej Kenanga, UiTM Shah Alam.
Bila bercakap tentang Alam Ghaib, ada segelintir masyarakat yang akan percaya dan ada juga yang tidak terlalu percaya. Namun hakikatnya, ianya wujud.
Mungkin ada daripada anda semua yang pernah mengalami gangguan halus tidak kira di rumah, di kolej, di sekolah dan banyak lagi tempat yang kemungkinan 'tempat' mahkluk halus bertandang.
Namun, ramai yang tertanya-tanya sama ada ianya betul ataupun rekaan semata-mata? Itu terpulang kepada individu untuk mempercayainya atau tidak kerana kebanyakan cerita datang daripada pengalaman setiap individu itu sendiri.
Seperti seorang lelaki yang dikenali sebagai Nur Amin Ramli melalui laman Facebook miliknya telah berkongsi pengalaman seram yang menghantui dirinya ketika di kolej.
Baca perkongsian penuh di bawah:
Bilik yang didiami Amin sebenarnya sudah tidak berpenghuni sejak 3 tahun kerana ada pelajar yang pernah diganggu dan tak tahan sehingga terpaksa menukar bidang
Bismillahirrahmanirrahim.
Yang kuat, boleh baca. Yang tak berani, baca siang-siang je la ya.
KOLEJ KENANGA,UiTM Shah Alam.
Dah lama nak bagitau, tapi baru hari ini tergerak nak tulis.
Awal tahun 2016, semester akhir master, macam biasa disebabkan status kewangan keluarga yang melayakkan aku apply kolej, aku apply kolej kenanga dan seperti biasa jugak aku akan dapat bilik lewat,sebab pihak UiTM akan masukkan pelajar-pelajar baru, barulah boleh masukkan pelajar season macam aku ni.
Aku dah tau aku akan dapat bilik tingkat 4. Persoalannya, bilik mana? Sem 1 dapat bilik nombor 3, sem 2 dapat bilik nombor 17 yang mana kedua-duanya adalah blik single. Sangat selesa. Pengetua kolej ketika itu adalah Puan X, mmg dah ngam dgn aku sbb aku rajin wakil kolej sukan pingpong dan pernah menang. Tp nak jadi cerita,masa sem3,bilik dah penuh, dan satu-satunya yg ada adalah blik ni. Kenanga 1, tingkat 4,bilik 9 atau singkatnya K1/409.
Untuk pengetahuan semua, bilik ni dah lama tak bukak. Almost 3 tahun, mmg pernah ada kes student exchange program blah sbb tak tahan kena gangguan. Pengetua ni tanya aku awal-awal lagi sebelum aku masuk, "bilik ni pernah banyak gangguan, tp kuatkan hati,insyaAllah tak ada apa-apa. Sanggup tak?". Aku telan air liur. Aku ni penakut, jujur cakap.tp disebabkan aku dah final sem,nk tumpukan thesis, aku sedapkan hati dan terima gak bilik tu. Oh lupa nk bagitahu bilik ni bilik berdua, so aku akan ada roomate, ini salah satu sbb knpa aku terima bilik ni. Haha.
Masa aku masuk bilik tu, roomate aku ni mmg dah ada, masuk awl seminggu. Pengetua kolej dah nasihat aku awal-awal, jgn cerita apa-apa dkt roomate aku tu, so mmg aku tak ada bukak cerita la dan pada awalnya, aku anggap cerita yg dibgtau oleh pengtua ni karut. NAMUN AKU SILAP.
Bila tengah tengok cerita hantu dengan roomate, tiba-tiba keluar dari mulut roomate sendiri, 'dalam bilik ni ada hantu tau!'
Roomate aku ni org sarawak, nama dia apa entah aku tak ingat. Tapi kalau tak silap aku panggil dia 'Abang' iaitu gelaran hormat untuk org sarawak. First time aku tengok dia, dia tgh mkn maggi sambil tengok cerita Puaka Tebing Biru. Seriau darah aku. Lepas salam-salam berkenalan aku tumpang la sekaki tengok movie itu. Aku tak ada fikir apa-apa pun tapi tengah scene hantu keluar dekat cerita tu, tiba-tiba dia cakap macamni, 'bilik ni ada tau!'. Memang meremang badan aku, macam mana pulak dia ni tahu?
Dia kata dia dah kena kacau dah. Pintu almari ditendang, bawah katil ada bunyi cakaran, rasa macam ada orang duduk kat kerusi masa kita tidur, macam-macam. Tapi paling ngeri bila gangguan itu terbentuk fizikal. Bukan sekadar bunyi lagi (jap lagi aku cerita). Bila tanya pengetua, pengetua berdalih dan 'abang' ni cerita la perkara yang pernah terjadi. Dia kata tak perlu percaya kata-kata dia, just wait and see, benda-benda itu akan terjadi.
Bilik aku ini adalah bilik paling ceruk, penjuru, paling atas yang memang tak akan ada orang lalu waktu malam. Disebabkan kolej 1 ini adalah satu-satunya kolej yang digunapakai dalam kelompok Kolej Kenanga (1,2,3), maka bilik aku ni menghadap hutan dan kolej-kolej yang kosong. Buka tingkap dan langsir malam-malam memang scary Nauzubillah. Jarang sangat-sangat aku tidur bilik ni, sebab abang ni student Architecture (design), selalu balik lewat dan aku takut nak tidur sorang. Sebabnya bila aku tidur situ, macam-macam berlaku.
Pernah jadi, aku dengar perempuan menjerit 'aaaaahh!!!' dalam bilik ni masa kitorang tengah tidur. Mau tak terkejut! Bunyi budak-budak lari sebelah aku dari dalam bilik keluar terus ke depan koridor, tengah-tengah malam sedangkan bilik ni kawasan ceruk. Mana ada budak-budak kat situ. Ada juga beberapa kali perkara yang sama jadi kat kitorang. Salah satunya, korang bayangkan tengah-tengah malam macam ada orang ketuk bucu katil besi dengan sudu. Ting! Ting! Ting! Bunyi dia, meremang aku! Sampai sekarang masih teringat. Aku masih sedapkan hati, kata ini semua khayalan, sampailah benda yang abang pernah cerita dekat aku benda ni betul-betul terjadi.
Tingkap dan langsir mula terbuka sendiri dan kejadian aneh ini berlaku beberapa kali ketika mereka berada di dalam bilik tersebut
Ingat tak aku kata gangguan berbentuk fizikal pun ada? Bilik aku ni ada 5 tingkap besar, anggap kedudukan tingkap ni macam (1,2,3,4,5) waktu malam. Abang ni akan tutup tingkap, tapi akan bukak langsir (kiri & kanan) ni luas-luas. Aku tak ada cakap apa-apa sebab benda tu biasa je orang buat. Tapi bila bangun tidur, aku mengucap seram. Tingkap nombor 3 terbuka, langsir kiri tutup tingkap 1 dan 2, langsir kanan tutup tingkap 4 dan 5. Keseluruhan langsir menutup tingkap kecuali nombor 3. Benda ini berlanjutan berlaku beberapa kali sampailah ustaz terpaksa dipanggil, tak silap 3 kali juga ustaz datang tolong bacakan ayat-ayat Al-Quran tapi tak jalan. Gangguan tetap ada sampailah satu hari pejabat kolej panggil kitaorang, tampal notis kuning tu (seperti dalam gambar) beritahu bilik ni terpaksa ditutup. Jarang berlaku untuk tengok orang tampal notis nak tutup bilik dan letak tulisan bismillah macam tu.
Aku pernah bagitau family, kawan-kawan, ex-gf (my wife skrg ni) psl bnda ni, tapi diorang tak percaya sebab aku ni memang penakut orangnya. Haha, sampailah aku tunjukkan bukti-bukti tu, barulah masing-masing nasihatkan aku cepat-cepat keluar dan yes, pada 30 April 2016, pengetua panggil untuk berbincang nak keluarkan kitorang dari bilik tu, bagi bilik lain. Kebetulan ada kosong dan aku on the spot cakap nak tukar. Tapi sebenarnya abang ni tak nak tukar, dia kata seronok, bila lagi nak dapat pengalaman macam ni. Kau memang gila bang! Haha ustaz ada bagitahu bilik tu memang laluan dia, kebetulan pulak kita duduk situ sebab tu baca ayat-ayat Al-Quran pun liat benda-benda tu nak menyerah kalah. Abang ni lagi lah macam-macam pernah jadi kat dia.
Sampailah akhirnya, kitorg berpendapat yg sebenarnya bilik tu adalah kawasan kampung bunian. Ada beberapa bukti. Bunyi suara perempuan, budak-budak berlari dkt koridor dan bila kitaorang solat, habis baca Al-Fatihah, akan dgr suara 'Aminn' dekat belakang. Yes, it really happened. At last, disebabkan stress/gagal final sem, aku pindah blik lain dan abg stay bilik tu sorang-sorang. Cuma kadang-kadang aku dtg la kat blik tu, untuk pastikan abang ok.
Kolej Kenanga ini dulu sebenarnya kolej wanita dan masih ada tuala wanita yang ditinggalkan dalam bilik air
Aku taktau apa khabar abang sekarang sama ada bilik itu masih digunapakai atau tidak. Sekiranya sesiapa yang terbaca cerita aku ni dan kebetulan duduk pulak bilik tu. Nasihat aku, banyakkan selawat dan ayat kursi insyaAllah tak ada apa-apa. Oh, sebelum itu tamatkan cerita ni, nak bagitahu Kolej Kenanga ni dulu kolej perempuan. Masih ada pad wanita yang tertinggal di bilik air. Kalau dekat sini dulu ada penghuni Kenanga 1 yang terbaca benda ni, yang kebetulan pernah terpegang belek-belek ada satu benda macam aku, nak tanya, pernah nampak tak ada dua bungkusan macam sup bunjut berbalut kain kuning dekat tandas tingkat 4 tu? Masih ada lagi ke?
"UPDATE: AKU DAH JUMPA 'ABANG', thanks to kuasa viral media sosial. Perkenalkan, Mohammad Sharkeizy Aqashah. He's Sabahan, not Sarawakian. My bad, aku kenal hantu lebih dari aku kenal member. Haha"