Ini Kesan Kandungan Merkuri Dalam Bahan Penjagaan Kulit Wajah Anda. Bahaya!
Elakkan sebaik mungkin.
Penjagaan kulit wajah perlu dijaga dengan teliti
Hal itu disebabkan wajah merupakan anggota muka yang penting. Oleh sebab itu, kita perlu pastikan bahan dalam kandungan skincare itu selamat digunakan.
Namun, ada juga yang berkeras dan degil menggunakan skincare yang mengandungi merkuri kerana ingin lebih cepat putih.
Image via Deenamik
Kesan dan bahaya menggunakan kandungan yang mempunyai merkuri
Merkuri merupakan sejenis logam berat bertoksik yang digunakan dalam termometer, barometer dan pekakas elektrik.
Pendedahan terhadap merkuri boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Bukan pemakai saja yang anda terkesan, orang sekeliling juga ada impaknya terutamanya bayi kecil.
Kesan produk merkuri:
- Mempengaruhi sistem saraf
- Mempengaruhi sistem pencernaan dan imun
- Merosakkan paru-paru
- Merosakkan buah pinggang
- Kulit tidak sihat
- Merosakkan mata
Tanda-tanda keracunan merkuri:
- Cepat marah
- Rasa malu secara tiba-tiba
- Tangan menggeletar
- Masalah ingatan
- Tidak boleh mendengar dan melihat dengan baik
- Rasa kebas tangan, kaki atau mulut
Image via KKM
Sebab itu, kita perlu jadi pembeli yang lebih bijak dan elakkan produk berbahaya. Take note guys!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment