seismik

[TIPS] Barang Makeup & Skincare Juga Ada Tarikh Luput Tau, Ini Yang Anda Perlu Tahu!

Jangan lupa untuk semak produk anda!

Cover image via Rebecca Norris/Byrdie & Insider

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perempuan dengan barang makeup atau skincare memang berpisah tiada

Produk-produk yang digunakan telah menjadi rutin seharian. Iyalah, penjagaan wajah juga penting dalam kehidupan seharian. 

Namun begitu, tahukah anda sebenarnya produk makeup dan skincare yang anda beli mempunyai tarikh luput dan tidak boleh digunakan?

Jom ketahui tarikh luput setiap produk makeup dan skincare anda!

1. Foundation

Foundation jenis cecair kebiasaannya tahan sehingga setahun. Jika foundation jenis powder mungkin akan tahan sehingga dua tahun. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via RDNE Stock project/Pexels

2. Gincu

Lipstick dan gloss selalunya akan tahan sehingga 12 bulan. Namun begitu, kalau gincu anda mengering, anda boleh berhenti menggunakannya. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Alina Vilchenko/Pexels

3. Concealers

Tarikh luput untuk concealer kebiasaannya enam bulan sehingga setahun, tetapi jika produk anda mengandungi oksida dan tidak sebati lagi, anda dah boleh buang!

Gambar sekadar hiasan.

Image via George Milton/Pexels

4. Mascara

Anda disarankan untuk menukar mascara baru setiap tiga bulan. Jika anda terus menggunakan mascara sedia ada, takut anda bakal terkena jangkitan mata. 

Buang mascara anda kalau dah mula berbau!

Gambar sekadar hiasan.

Image via Breakingpic

5. Eyeliner

Eyeliner jenis pen atau pensel boleh digunakan sehingga setahun, manakala eyeliner bentuk gel kebiasaannya boleh tahan sehingga dua atau tiga bulam. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Rebecca Norris/Byrdie

6. Pensel kening

Pensel kening hanya mampu bertahan sehingga setahun. Manakala, brow powder boleh digunakan sehingga dua tahun. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via POPSUGAR Photography/Perri Konecky

7. Blush

Blush yang jenis bedak boleh digunakan sehingga dua tahun, manakala bentuk krim hanya boleh digunakan selama 12 hingga 18 bulan. 

Jika anda perasan teksturnya agak lain, mungkin anda perlu membuangnya. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Maria Camila Castaño/Pexels

8. Eye shadows

Jika produk tidak menyatakan jangka hayat, eye shadows jenis bedak biasanya boleh bertahan antara enam bulan sehingga dua tahun.

Sementara itu, eye shadows bentuk krim mempunyai jangka hayat selama enam bulan. Walaupun produk bedak dikatakan tahan lebih lama, eye shadows perlu diganti lebih kerap kerana ia digunakan di sekeliling mata.

Gambar sekadar hiasan.

Image via cottonbro studio/Pexels

9. Pelembap muka

Kebiasaannya, produk skincare mempunyai jangka hayat selama enam bulan sehingga setahun. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Alexandra Tran/Unsplash

10. Sunscreen

Kebiasaannya, jangka hayat produk ini akan dipaparkan dalam packaging. Umumnya, jangka hayat sunscreen akan bertahan selama setahun.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Racool_studio/Freepik

11. Minyak wangi

Minyak wangi kebiasaanya tahan lebih lama iaitu selama lapan hingga 10 tahun, mengikut jenama tertentu. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via Ulysse Pointcheval/Unsplash

12. Skincare yang belum dibuka

Walaupun produk anda tidak pernah dibuka, jangka hayat produk skincare kebiasaannya dua tahun. 

Gambar sekadar hiasan.

Image via uponbeauty/Peaches & Blush

Ini hanya jangka hayat purata, sudah tentu kalau produk anda mula berbau sebelum masa tamat, anda perlu membuangnya!

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: