seismik

[TIPS] Cara Lebatkan & Lentikkan Bulu Mata Secara Semula Jadi Di Rumah

Belum cuba, belum tahu!

Cover image via Alo Dokter

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Sesiapa yang memiliki bulu mata yang kurang dan pendek semestinya akan rasa jealous melihat bulu mata orang lain yang lebat

Selain menggunakan mascara semasa merias wajah, rupa-rupanya ada cara yang boleh membuatkan bulu mata anda lebat dan lentik secara semula jadi. Senang dan mudah tau!

Image via GIPHY

1. Sapu Vaseline setiap malam

Image via Money Talk News

Ramai yang dah cuba dan memang menjadi. Cuma kena sabar dan konsisten. Produk Vaseline mengandungi petroleum jelly yang akan membantu pertumbuhan bulu mata. Anda hanya perlukan cotton bud atau berus maskara untuk sapukannya di bahagian bulu mata.

2. Gunakan minyak zaitun

Image via 100comments

Minyak Zaitun sememangnya mempunyai kandungan seperti mineral dan vitamin E yang melebatkan rambut. Begitu juga dengan bulu mata, anda boleh sapukan sedikit pada bahagian bulu mata menggunakan cotton bud.

3. Sapukan vitamin E pada bulu mata

Image via iStock

Vitamin E merupakan bahan yang akan membantu pertumbuhan rambut atau mencantikkan kulit. Anda boleh saja cari serum atau losyen yang mempunyai Vitamin E, tapi jangan pula terkena mata tau. 

4. Sikat dengan kerap

Image via Sirap Limau

Bulu mata ini sebenarnya macam rambut, anda perlu menjaganya. Dalam pasaran sebenarnya ada tau sikat bulu mata, anda hanya perlu sikat menggunakan sikat yang tersedia setiap malam. 

5. Letakkan uncang teh hijau atas mata

Image via Face2feet

Anda hanya perlu uncang teh hijau yang telah digunakan dan dimasukkan ke dalam peti sejuk. Setelah ia sejuk, anda boleh letakkan atas mata sebagai mask. Ia akan membantu untuk mengurangkan mata yang hitam akibat tidak cukup tidur sekali gus akan melebatkan bulu mata. 

6. Amalkan suplemen yang mengandungi biotin

Image via Food Insight

Biotin membantu untuk menyihatkan kulit, kuku dan rambut. Begitu juga dengan bulu mata, jika anda tak gemar mengambil suplemen. Anda boleh makan makanan seperti avokado, keju, kubis, kacang dan banyak lagi.

Petuanya adalah rajin dan konsisten tau, goodluck semua! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: