Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Perkara Yang Anda Perlu Ambil Berat Sebelum Lakukan Hubungan Intim, Baru Ada 'Mood'

Semak semua ini dulu okay.

Cover image via Live bold and bloom Insider

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sebelum melakukan hubungan intim dengan pasangan, adalah penting jika anda menyemak beberapa terlebih dulu

Hal ini kerana, anda perlu mempunyai masa yang tepat untuk melakukannya. Bukan semua orang ada 'mood' itu betul tak? Tambahan lagi buat suami isteri selepas penat seharian bekerja. Bertolak ansur itu sangat penting.

Jadi, persiapan sebelum melakukan hubungan intim dengan pasangan itu adalah sangat penting. Ini mungkin kendengaran remeh, tetapi dengan menyediakannya, rancangan anda akan berjalan lancar bersama pasangan anda.

7 perkara yang boleh anda amalkan sebelum melakukan hubungan intim untuk lebih memuaskan

1. Pulang pada waktu yang tepat

Image via Chief Executive

Jangan pulang terlalu lewat kerana ada beberapa perkara yang anda perlu sediakan apabila pulang ke rumah. Anda perlu membersihkan diri anda terlebih dahulu sebelum melakukan hubungan intim.

Seterusnya, anda juga perlu menyediakan bilik yang mempunyai suasana yang sesuai. Contohnya, memilih muzik yang ingin anda mainkan di dalam bilik anda.

Malah, keinginan melakukan seksual itu perlu ada, apa lagi selepas anda melakukan aktiviti luar berjam-jam. Anda telah membuat temu janji dengan pasangan anda untuk berbuat demikian, tunaikan janji itu. Jangan biarkan dia menunggu.

2. Jaga makan

Image via Max Healthcare

Pada hari berkenaan, jauhi makanan yang menyebabkan anda kembung perut atau menyebabkan nafas anda berbau busuk. Makanan bergas cenderung membuat perut anda kembung dan berasa tidak selesa.

Makanan yang berbau akan mengganggu anda dan pasangan. Jika baunya busuk, daripada teruja pasangan anda boleh lari. Jika perlu, gosok gigi anda atau gunakan ubat kumur sebelum memulakan.

3. Pilih pakaian yang sesuai

Image via News18

Pakai pakaian yang membuatkan anda berasa yakin dan boleh meningkatkan ghairah pasangan anda. Jika anda keliru, pakaian merah boleh menjadi pilihan.

Menurut kajian, warna merah boleh menjadi isyarat seksual untuk menarik pasangan anda. Jadi, cuba pakai pakaian yang berwarna itu ketika bersama.

4. Jangan lupa mencukur

Image via Self

Bercukur sememangnya sangat penting, kerana ada sesetengah pasangan kurang senang melihatnya. Mencukur ini juga adalah sebagai tanda anda adalah seorang pembersih dan menjaga kebersihan diri.

Jika lakukan sekurang-kurangnya sehari sebelum anda melakukan hubungan intim. Barulah rasa fresh and clean!

5. Pastikan bibir anda lembap

Image via Stryx

Ini bukan sahaja untuk wanita, malah lelaki juga memerlukan keadaan bibir yang lembap.
Semestinya, akan ada sentuhan dengan bibir apabila anda melakukan hubungan intim.

Jika bibir anda kering, ia akan menjadi tidak selesa. Bagi wanita, anda tidak boleh menggunakan gincu tebal, lebih baik untuk menggunakan lip balm sebagai ganti.

6. Sediakan alat sebelum berhubungan intim

Image via India.com

Jika anda dan pasangan anda tidak mahu mempunyai anak, atau jika anda tidak pasti pasangan anda bebas daripada penyakit kelamin, pastikan anda menyediakan kondom sebelum melakukan hubungan intim.

Selain itu, untuk memastikan aktiviti seksual yang selesa dan tidak menyakitkan, sediakan juga pelincir yang selamat untuk kesihatan.

7. Buang air kecil terlebih dulu

Image via The Helathy

Sangat tidak selesa untuk melakukan hubungan seksual dengan pundi kencing yang penuh dengan air kencing. Sebelum memulakan, pastikan pundi kencing anda kosong.

Walaupun anda tidak berasa ingin membuang air kecil, pergi ke tandas untuk mengosongkannya. Anda akan lebih berpuas hati kerana anda boleh bertahan lebih lama dalam perhubungan.

Nampak remeh, tapi ramai yang terlepas pandang mengenainya. Cuba buat perkara di atas agar semua berjalan dengan lancar ;)

Image via GIPHY

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment