Boring Asyik Tengok Wayang? Ini 7 Idea 'Cute Date' Anda Boleh Buat Dengan Pasangan
Lain daripada yang lain sikit.
Seperti semua tahu, pandemik Covid-19 tempoh hari telah menyukarkan kita untuk meluangkan masa bersama. Tambahan lagi buat pasangan yang berada jauh.
Namun, kini bersyukurlah kerana kita boleh menjalankan kehidupan kita seperti biasa. Tetapi, perlu diingatkan yang kita masih perlu menjaga semua aspek kebersihan dan keselamatan kerana kita masih belum menang.
Kebiasaannya pasangan bercinta akan memilih untuk berjalan di pusat beli-belah atau menonton wayang betul tak? Semua itu sudah biasa dilakukan, apa kata anda cuba dengan aktiviti baru pula.
Jom kami kongsikan di bawah ini:
1. Berpiknik
Piknik merupakan satu aktiviti yang sangat tenang kerana anda dapat menghirup udara segar sambil makan di situ. Dengan angin sepoi-sepoinya, pasti menjadikan suasana anda dan si dia romantis.
2. Pergi melukis bersama
Aktiviti ini jarang dilakukan oleh pasangan. Apa kata sekali sekala ajak pasangan anda untuk pergi melukis. Jika anda cuba sekali aktiviti ini pasti anda suka dengan hasilnya, ia sebenarnya sangat fun!
3. Pergi ke muzium
Ramai yang menganggap pergi ke muzium ini adalah aktiviti 'membosankan'. Tetapi, sebenarnya ia sangat bagus dan dapat memberi banyak pengetahuan buat anda dan pasangan. Sambil melawat muzium tu anda boleh lah juga 'dating' dan melihat pelbagai benda menarik bersama.
4. Main ice skating
Ice skating merupakan salah satu aktiviti yang menjadi pilihan buat pasangan di luar sana. Anda boleh belajar meluncur ais sambil dapat luangkan masa bersama pasangan anda. Tentu menarik sekali!
5. Bermain di taman tema
Siapa saja yang tidak sukakan taman tema bukan? Tentu semua sukakannya kerana di taman tema terdapat banyak benda menarik kita boleh main. Malah, ia juga boleh mencabar keberanian kita! Jika anda selalu pergi bersama keluarga, apa kata kali ini anda pergi bersama pasangan pula. Pasti lain rasanya.
6. Cafe hunting
Dah boring asyik makan di kedai yang sama? Apa kata anda food hunting kafe viral dengan pasangan anda. Banyak sekarang kita boleh jumpa kafe-kafe yang menawarkan makanan dan port Instagrammable.
7. Lakukan aktiviti indoor
Jika anda mahu lakukan aktiviti indoor, kami sarankan agar anda lakukan aktiviti menyeronokkan seperti bermain game yang mencabar. Contohnya menembak beberapa zombi di VAR LIVE, mencuba permainan di Party Box dan bermain di Super Park. Memang seronok!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!