seismik

“Bahaya & Boleh Terbakar” - Jangan Tinggalkan Barang-Barang Ini Di Dalam Kereta Anda

Ingat guys!

Cover image via Rac

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kereta merupakan kenderaan yang sering kita gunakan untuk ke mana saja

Boleh dianggap kereta ini seperti rumah kedua kita kerana pelbagai barangan yang disimpan di sini. Daripada barangan keperluan sehinggalah barangan elektronik.

Namun, tahukah anda meninggalkan barang-barang sedemikian boleh mengundang bahaya terutama sekali apabila kereta kerap ditinggalkan dan terdedah di bawah cuaca panas terik?

Jom kami kongsikan kepada anda barangan yang anda perlu elakkan dan ditinggalkan di dalam kereta.

1. Penyala api

Gambar sekadar hiasan.

Image via Carousell

Penyala api atau lighter adalah barang 'wajib' bagi mereka yang merokok. Kadangkala sampai 2-3 biji lighter ditinggalkan di dalam kereta.

Ia amat berbahaya kerana jika anda meninggalakan kereta anda di bawah terik matahari, haba yang terkurung di dalam kereta boleh menjadi gas di dalam lighter dan ini boleh mendatangkan risiko letupan.

2. Barangan elektronik

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sandberg

Gambar sekadar hiasan.

Image via Inokkin

Barangan elektronik ini termasuklah telefon bimbit, vape, power bank dan kamera. Hal ini kerana kesemua barangan ini mempunyai bateri di dalamnya dan ia boleh menyebabkan letupan kerana terlalu panas.

Asid atau alkali dari sel bateri tersebut boleh mengakibatkan kulit melecur dan meninggalkan kesan lama pada badan yang terdedah kepadanya.

3. Ubat-ubatan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Jabatan Farmasi Hospital Kuala Lipis

Ubat-ubatan juga antara salah satu benda yang kerap disimpan di dalam kereta. Iyalah, sesetengah orang berpendapat bahawa ia lebih senang jika berlaku apa-apa kesakitan nanti jadi sebab itu disimpan siap-siap di dalam kereta.

Namun, sebenarnya ia tidak elok kerana terdedah di bawah cuaca panas. Seeloknya, ubat-ubatan perlu disimpan di suhu bilik.

4. Barangan kosmetik

Gambar sekadar hiasan.

Image via Kalinga TV

Gambar sekadar hiasan.

Image via Fimela

Barangan kosmetik termasuklah sunscreen, sepatutnya hendaklah disimpan di tempat yang kering dan bersuhu bilik.

Hal ini kerana, jika ditinggalkan di suhu yang panas, kompaun kimia di dalam produk-produk ini boleh terkompromi dan berpotensi untuk jadi beracun.

5. Minuman

Gambar sekadar hiasan.

Image via Dreamstime

Gambar sekadar hiasan.

Image via Automology

Bagi minuman seperti di dalam tin seperti 100Plus dan Coca-Cola akan mengembang dan seterusnya meletup jika terdedah kepada suhu tinggi.

Bagi minuman di dalam botol plastik pula, ia amat sensitif terhadap haba dan akan membebaskan bahan beracun ke dalam cecair yang ada di dalam botol berkenaan. Jika diminum secara berterusan, ia boleh membahayakan sistem dalam badan.

6. Makanan

Gambar sekadar hiasan.

Image via Iluminasi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Nak Bebel

Seglintir pemandu sangat gemar meninggalkan makanan di dalam kereta. Tidak kisahlah dari snek hingga gula-gula. Kononnya sebagai kudapan semasa memandu.

Tahukah anda, sesetengah makanan akan luput dalam masa seminggu dan ia boleh mengakibatkan keracunan makanan. Malah, ia juga boleh mengudang kedatangan serangga dan juga lipas.

Jadi, jangan sekali-kali tinggalkan benda-benda ini dalam kereta korang ya! ;)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

More stories to read: