"Lebih Cepat" - Ini Cara Mudah Semak CCRIS Anda Secara Online
Lepas ini dah tahu kan.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika anda ingin membuat peminjaman kewangan seperti membeli kereta atau rumah, pasti mereka akan melihat CCRIS anda terlebih dulu betul tak?
Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau Pusat Sistem Maklumat Rujukan Kredit, adalah sistem yang direka khas oleh Biro Kredit Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengeluarkan laporan kredit individu yang nak buat pinjaman.
CCRIS ini adalah penting kerana ia menyimpan semua pangkalan data dan semua rekod permohonan yang menunjukkan gambaran penuh kewangan anda.
Anda diwajibkan untuk menunjukkan ini kepada mereka sebelum membuat peminjaman bank. Tetapi, tahukah anda sebenarnya ia boleh disemak secara online saja sekarang tanpa perlu pergi ke premis?
Ikuti langkah-langkah di bawah:
1. Daftar di laman web
Perkara pertama anda perlu lakukan adalah dengan melayari eccris.bnm.gov.my untuk mendaftar terlebih dulu. Klik ‘Register Now‘.
2. Isi maklumat diri
Anda perlu mempunyai Online Banking sendiri untuk bayaran RM1.00 pengesahan maklumat. Untuk makluman juga, RM1 ini akan dipulangkan semula ke akaun anda dalam masa 2 hari waktu bekerja selepas pendaftaran berjaya.
Klik pada kotak ‘Yes, I understand’ dan Proceed.
Anda kemudian diminta untuk mengisi segala butiran maklumat diri dan selepas itu klik pada butang 'submit'.3. Buat pembayaran
Anda kemudian diminta untuk memilih akaun bank online dan membuat pembayaran RM1.00.
Selepas berjaya buat bayaran RM1, klik ‘Proceed To eCCRIS‘ dan ‘Proceed to First Time Login‘
4. Masukkan nombor pin
Langkah seterusnya adalah masukkan nombor pin yang telah dihantar melalui email anda. Kemudian set kan User ID dan Password.
Pilih Security Image dan 3 soalan Security anda mahu beserta jawapan.
5. Log in
Selepas selesai bahagian security, back to home kembali dan Login. Masukkan User ID, Password dan OTP. OTP akan dihantar di nombor telefon anda. Kemudian klik verify.
6. Lihat laporan CCRIS
Selesai saja login, anda kini boleh menyemak laporan CCRIS anda dengan klik butang 'Enquiry'.Klik pada kotak kecil ‘I Agree’ dan ‘Report Enquiry’
Report CCRIS anda akan keluar seperti paparan berikut. Jika laporan anda menunjukkan ‘0’ bermakna laporan kewangan anda adalah baik. Syabas!