seismik

Ini Perkara Menakjubkan Yang Anda Kena Tahu Tentang Malaysia Di Mata Dunia

Wow!

Cover image via National Geographic Kids & Turner

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti yang kita semua tahu, Malaysia merupakan antara negara asia yang maju dalam perkembangan teknologi dan semasa

Namun, itu tidak membuatkan kita adalah negara yang menjadi nombor satu di mata dunia kerana sebenarnya banyak yang perlu ditambah dan diperbaiki.

Tetapi, tahukah anda bahawa terdapat beberapa faktor yang menjadikan Malaysia adalah Hub nombor 1 dan 2 di dunia? Hebat bukan?

Ikuti perkongsian daripada @richardker di laman Twitternya ini:

1. Hub Halal

Image via googleapis.com

Kedudukan Dunia: No. 1

Malaysia memperoleh skor indeks Petunjuk Makanan halal (HFI) 209.8. Ini berdasarkan faktor seperti perdagangan produk makanan halal, peraturan, kesedaran awam dan harga produk. Malaysia mendahului UAE, Indonesia dan banyak lagi.

2. Pengeksport Sarung Tangan

Image via Bloomberg

Kedudukan Dunia: No. 1

Top Glove Corp ialah pembuat sarung tangan getah terbesar di dunia. Mereka membuat satu daripada setiap lima sarung tangan di dunia.

3. Pengeluar Minyak Sawit

Image via fastgrow

Kedudukan Dunia: No. 2

Malaysia adalah pengeluar minyak sawit kedua terkemuka di seluruh dunia. Minyak sawit adalah salah satu industri utama Malaysia yang telah menyumbang 2.7 peratus kepada keseluruhan keluaran dalam negara kasar (KDNK).

4. Hutan Hujan

Image via Britannica

Kedudukan Dunia: No. 2

Hutan hujan Malaysia berusia kira-kira 140 juta tahun. Ia lebih tua daripada Amazon. Yang tertua ialah Daintree Rainforest di Australia, kira-kira 180 juta tahun.

5. Pembekal Perkhidmatan Dron

Image via Vulcan Post

Kedudukan Dunia: No. 1

Aerodyne Group di Cyberjaya ialah sebuah syarikat teknologi global yang diasaskan di Malaysia yang menduduki tempat No. 1 oleh Drone Industry Insights of Germany. Mereka menyediakan penyelesaian berasaskan dron untuk pelbagai industri di seluruh dunia.

6. Bangunan Tertinggi di Dunia

Image via Street Share

Kedudukan Dunia: No. 2

Merdeka 118, atau Merdeka PNB 118, Warisan Merdeka Tower & KL 118 adalah 118 tingkat, 678.9-meter-tall megatall skyscraper di Kuala Lumpur, Malaysia. Ia adalah bangunan kedua tertinggi di dunia di belakang Burj Khalifa di Dubai.

7. Menara Berkembar Tertinggi

Image via Suria KLCC

Kedudukan Dunia: No. 1

Walaupun bukan lagi bangunan tertinggi di dunia, Menara Petronas mempunyai ketinggian 451.9m di KL dan kekal sebagai pasangan bangunan padanan tertinggi di dunia.

8. Hotel Terbesar

Image via Wikipedia

Kedudukan Dunia: No. 1

The First World Hotel mempunyai sebanyak 7,350 bilik di Genting Highlands. Ia kini merupakan hotel terbesar di dunia.

9. Penerbit Al-Quran

Image via Nasyrul Quran

Kedudukan Dunia: No. 2

Nasyrul Quran di Putrajaya adalah pusat pengeluaran al-Quran kedua terbesar di dunia. Kompleks di adalah yang kedua terbesar selepas Kompleks King Fahd di Madinah.

Hebat sebenarnya Malaysia ini di mata dunia. Bukan calang-calang :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: