Sesuai Untuk Wanita Berhijab, Ini Antara Baju Renang Muslimah Terbaik Di Malaysia
Dapatkan cepat!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Aktiviti renang merupakan antara aktiviti kesukaan ramai orang tidak kira tua mahupun muda
Namun, kadangkala aktiviti ini agak terbatas lebih-lebih lagi buat wanita berhijab kerana mereka perlu menutup aurat dan menjaga pakaian mereka.
Hal ini kerana, tidak semua rekaan pakaian renang sesuai untuk wanita berhijab. Ada material yang mudah melekap sehingga menampakkan bentuk tubuh badan.
Jadi, anda tidak perlu risau lagi kerana sekarang banyak jenama pakaian yang telah mengeluarkan pakaian renang khusus buat wanita berhijab ini tau.
Jom kita lihat antara jenama popular itu di bawah:
1. LILIT.
Siapa saja yang tidak kenal dengan jenama popular ini kan? Tambahan lagi buat wanita berhijab, pakaian mereka semuanya sangat sesuai dan khusus untuk wanita berhijab agar nampak trendy dan moden.
Baru-baru ini mereka telah melancarkan koleksi pakaian renang terbaru mereka yang menampilkan reka bentuk set renang dan tudung yang didatangkan dalam pelbagai saiz daripada XXS (UK4) sehingga 5XL (UK22). Kualitinya juga sangat terbaik dan memang best!
Klik di sini untuk beli secara dalam talian.
2. Mat Salleh Design
Mat Salleh Design amat menitikberatkan penjagaan aurat buat pelanggan mereka. Mereka menawarkan pakaian renang yang selesa untuk kaum hawa.
Anda juga boleh mendapatkan set lengkap mereka yang terdiri daripada baju, seluar dan tudung. Kualiti mereka juga pasti akan membuat anda menyukainya.
Klik di sini untuk beli secara dalam talian.
4. Ogival
Ogival sangat terkenal dengan produk pakaian dan peralatan renang sejak dulu lagi. Walaupun begitu, mereka tetap mengeluarkan pakaian renang khusus buat wanita berhijab.
Jadi, dapatlah wanita berhijab merasa juga memakai pakaian renang berjenama ini. Ia juga hadir dengan tudung sekali tau!
Klik di sini untuk beli secara dalam talian.
5. Prosun
Prosun menawarkan set pakaian renang dengan paras buku lali yang sesuai untuk kaum hawa yang ingin kekal nampak sopan.
Ia juga direka dengan cups bra yang lembut dan boleh ditanggalkan. Jadi, ia akan menyokong payudara anda dengan baik. Kainnya juga sangat selesa.
Klik di sini untuk pembelian secara dalam talian.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!