seismik

"Made In Malaysia" - Selesa & Cantik, Ini Antara 7 Pilihan Kasut Wanita Anda Boleh Cuba

Lawa-lawa designnya.

Cover image via @nelissahilman (Instagram) & @2morrowofficial (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Fesyen dan wanita memang berpisah tiada. Tambahan lagi dengan era sekarang, bermacam style dan trend dapat dilihat

Daripada hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki. Pasti semua orang mahu nampak kemas dan cantik dengan penampilan mereka betul tak?

Malah, bagi wanita kasut juga merupakan benda penting jika berada di luar kerana ia adalah salah faktor penting dalam kecantikan mereka.

Jika kita lihat sekarang banyak jenis fesyen kasut yang sudah pun berada di pasaran. Lebih-lebih lagi jenama luar negara.

Namun, tahukah anda sebenarnya banyak kasut wanita jenama tempatan yang cantik dan anda boleh cuba.

Jom kita lihat antara 7 jenama kasut tempatan ini:

1. The Geroboc

Untuk anda yang sukakan kasut tumit tinggi boleh cuba kasut dari The Geroboc ini. Mereka mempunyai pelbagai jenis corak dan rekaan kasut tumit tinggi. Harga yang ditawakan juga sangat berpatutan.

Lihat Instagram mereka.

2. Kiss & Tell

Kiss & Tell sentiasa memberikan cita rasa fesyen semasa buat wanita di luar sana. Anda tidak akan ketinggalan jika mencuba rekaan kasut daripada mereka ini. Mereka mempunya pelbagai jenis rupa, namun tetap mementingkan keselesaan pelanggan.

Lihat Instagram mereka.

3. Christy Ng Shoes

Jenama tempatan ini sangat dikenali ramai kerana sentiasa mengeluarkan rekaan yang menarik. Bukan itu saja, kasut mereka menjadi tumpuan buat bakal pengantin. Malah, anda juga boleh custom made khas, anda perlu ke butik mereka untuk mendapatkan nasihat selanjutnya.

Lihat Instagram mereka.

4. Shals

Jenama Shals adalah daripada selebriti tempatan Shalma Ainaa. Kasut rekaan daripada mereka ini boleh digayakan di semua majlis termasuklah majlis kasual. Jika anda tidak berapa suka dengan kasut tumit tinggi, boleh cuba usha di Shals ini.

Lihat Instagram mereka.

5. Nelissa Hilman

Nama Nelissa Hilman sudah tidak asing lagi dalam fesyen industri. Rekaannya boleh dikatakan setaraf dengan jenama antarabangsa. Anda pasti akan merasai rasa glamour sebaik saja memakai kasutnya.

Lihat Instagram mereka.

6. Nush Secret

Jika anda suka koleksi yang simple tapi nampak elegan, Nush Secret adalah jawapannya. Rekaannya yang berkonsepkan minimalis sangat sesuai dipakai pada majlis-majlis kasual. Pilihan rona kasutnya yang lembut boleh dipadankan dengan pakaian anda.

Lihat Instagram mereka.

7. 2morrow

2morrow sentiasa memberikan rekaan menarik dan trendy buat wanita di luar sana. Mereka mempunyai pelbagai rekaan kasut daripada flat shoes sehinggalah kepada yang bertumit. Anda tinggal pilih saja!

Lihat Instagram mereka.

Boleh beli untuk pakai masa hari raya nanti! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

More stories to read: