seismik

Tak Tahu Nak Lepak Mana? Ini 7 'Port' Best Di Johor Bahru Anda Boleh Pergi

Set date jom!

Cover image via Johor Foodie

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Johor Bahru merupakan ibu negeri yang juga menjadi pusat pelancongan utama di Johor

Sudah tentu, terdapat banyak tempat menarik anda boleh kunjungi bila sampai di Johor Bahru. Bukan saja tempat beriadah dengan aktiviti menarik, tetapi juga port lepak best yang anda boleh pergi.

Sekali sekala datang ke tempat-tempat ini untuk berborak panjang dengan rakan pasti seronok. Jika anda masih tidak tahu di mana mahu pergi, jom lihat antara tempat lepak best yang telah kami senaraikan di bawah ini.

1. The J Bandar Seri Alam

Image via Johor Foodie
Image via Johor Foodie

The J Bandar Seri Alam menyajikan pelbagai menu makanan yang terdiri daripada kedai-kedai di sini. Anda boleh pilih dari masakan Melayu hingga masakan western. Selain itu, tempatnya juga sangat santai dengan hiasan berkonsepkan kontena.

Alamat: 6J, Jln Suria, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor
Waktu operasi: Setiap hari 5 petang hingga 2 pagi

2. Restoran SS9

Sama seperti di nombor satu, konsep kedai ini juga terbuka dan menyediakan pelbagai jenis menu mengikut jenis kedai. Sesuai juga untuk membawa keluarga besar anda untuk datang ke sini.

Alamat: Jalan Kuning, Taman Pelangi, 80400 Johor Bahru, Johor (belakang Plaza Pelangi)
Waktu operasi: Setiap hari 5 petang hingga 4 pagi

3. Mana Cafe

Terletak di Puteri harbour, Mana Cafe semestinya menjadi pilihan ramai ketika berada di sana. Difahamkan, anda boleh melihat live band ketika sedang makan. Jadi boleh santai-santai sambil tengok persembahan mereka.

Alamat: Tingkat bawah, Somerset, Puteri Harbour, 79000 Johor Bahru
Waktu operasi: 7 pagi hingga 1 pagi

4. Port Place Cafe

Image via PORT PLACE CAFE

Kedai ini sangat sesuai untuk anda lepak bersama kawan-kawan sambil makan dan berhibur. Di sini pelbagai jenis menu ada dari masakan Melayu klasik, western, Thai, roti canai dan banyak lagi. Lagi satu yang bestnya suasana makan dekat sini memang santai dengan iringan muzik kugiran.

Alamat: Kempas Banjaran, 81200 Johor Bahru, Johor

Waktu operasi: Setiap hari (kecuali isnin) 3 petang hingga 12 malam

5. Istana Sangkut Kitchen

Restoran ini sangat terkenal dengan sajian masakan Melayu. Pada waktu malam, anda akan dapat melihat hiasan lampu disekeliling kedai ini. Sangat cantik dan selesa. Sambil makan hirup udara luar pun best.

Alamat: 56, Jln Beringin, Taman Melodies, 80250 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (kecuali selasa) 3 petang hingga 4 pagi

6. Tebrau Food Truck Park

Terletak di Desa Tebrau, tapak makanan ini memasang lebih daripada 10 trak makanan setiap malam. Daripada hidangan tempatan yang lazat hingga ke makanan western.

Dengan keluasan ruang yang luas dan kapasiti tempat duduk yang besar, pelanggan boleh menjamu selera dengan selesa! Anda boleh dapatkan semua di satu tempat! Betul, anda pasti terpegun dengan kepelbagaian trak makanan di sini.

Alamat: Jln Harmonium 24/1, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Setiap hari 6 petang hingga 12 malam

7. Jobox Food Truck Park

Lepas dah penat shopping, apa kata anda datang lepak di Jobox Food Truck Park ini. Dah penat berjalan, singgah ngeteh dulu. Pelbagai makanan dan minuman yang anda boleh dapat di sini. Bukan itu saja, port sini best, santai dan luas kawasanya. Nak lepak ramai ramai bersama rakan dan keluarga pun cun.

Alamat: Plaza Angsana, Padang C, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi:
Setiap hari 6 petang hingga 12 malam

Banyak tempat best ni. Nanti bolehlah roger kawan-kawan korang :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: