seismik

Cantik & Murah, Ini 7 Kedai Bundle Anda Boleh 'Selam' Di Sekitar Lembah Klang

Serbu jom!

Cover image via Foursquare & Rizal Hakimm Punyer (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Semua orang pasti nak nampak kemas dan bergaya bila di luar betul tak?

Sebab itu ada yang sanggup berhabis duit demi kecantikan dan kekemasan diri. Iyalah, orang cakap baru nampak confident bila bergaya ini.

Tetapi, tahukah anda, anda juga boleh bergaya dengan membeli pakaian di kedai bundle saja. Sebenarnya banyak jenis pakaian yang rare dan cantik anda boleh dapatkan tau!

Bagi penduduk di sekitar Lembah Klang, jom kami senaraikan antara kedai bundle yang anda boleh selam nanti.

1. JBR Bundle

JBR bundle sangat terkenal bagi penduduk Lembah Klang. Mereka memang susun barangan ikut kategori dan mudahkan anda untuk mencari. Bukan itu saja, anda boleh jumpa pelbagai jenama terkenal dekat sini tau!

Lokasi:

  • Subang USJ (The 19 USJ City Mall / Palazzo Mall tingkat 1)
  • Banting (Bersebelahan Econsave banting)
  • Sri Damansara (Berhampiran stesen minyak Shell)
  • Shah Alam (Berhampiran Politeknik Shah Alam)

2. Jalan Jalan Japan

Image via Sugoi Days

Siapa saja yang tak pernah dengar nama kedai ini bukan? Bagi peminat barangan bundle anda wajib singgah ke sini. Tempatnya sangat besar dan luas. Memang rambang mata bila masuk kedai ini. Semua barangan mereka adalah diimport dari Japan.

Lokasi:

  • One City Sky Park, USJ
  • 1 Shamelin Mall, Cheras

3. Bandoru Store

Image via Bandoru Store
Image via Bandoru Store

Sama seperti Jalan Jalan Japan, Bandoru Store merupakan barangan yang diimport khas dari Jepun. Kedai ini juga mendapat review dan bagus dan anda boleh lihat banyak pakaian rare dan vintage di sini.

Lokasi:

  • Shah Alam (Berada di federal highway dan berdekat stesen minyak)
  • Cheras Bandar Sri Permaisuri (Bersebelahan OF Optical)

4. Baden Baden Bundle

Kedai ini merupakan antara kedai pilihan bagi peminat barangan bundle. Harganya yang berpatutan dan murah membuatkan kedai ini sentiasa dikujungi ramai orang.

Lokasi:

  • Baden Baden Bundle Danau Kota, Kuala Lumpur
  • Baden Baden Bundle Taman Maju Jaya, Petaling Jaya
  • Baden Baden Bundle Subang Perdana, Selangor
  • Baden Baden Bundle Gombak, Kuala Lumpur

5. 2nd STREET

Image via 2nd STREET
Image via 2nd STREET

Ia diasaskan oleh 2nd STREET Jepun untuk mengeksport barangan terpakai ke negara Asia. 2nd Street ialah kedai yang guna semula paling popular dengan lebih daripada 650 kedai di Jepun. Barangan mereka juga nampak lebih bersih dan cantik. Malah, anda juga boleh trade-in baju dekat sini.

Lokasi:

  • 2nd STREET SS13
  • 2nd STREET SS15
  • 2nd STREET Bandar Utama
  • 2nd STREET KL Traders Square
  • 2nd STREET Bangsar
  • 2nd STREET TTDI
  • 2nd STREET SS2
  • 2nd STREET USJ Taipan
  • 2nd STREET Kepong

6. Abe Bundle

Abe Bundle merupakan lokasi untuk mereka yang mahukan pakaian dari punk ke hipster. Pelbagai saiz untuk mereka yang berbadan gempal juga ada di sini.

Lokasi:

  • Jalan Padang Jawa, Seksyen 16, 41300 Shah Alam, Selangor.

7. Family Bundle

Family Bundle menjual pelbagai barangan terpakai berjenama. Jadi, kalau nak cari yang branded brand anda bolehlah singgah ke sini. Banyak pilihan yang ada. Pasti tak rugi berbelanja disini.

Lokasi:

  • Family Bundle Ampang Waterfront
  • Family Bundle Setiawangsa
  • Family Bundle Petaling Street
  • Family Bundle Tanjung Karang

Apa tunggu lagi, bolehlah serbu nanti dapatkan baju baru :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Image via Raya Havoc 2022

You may be interested in: