seismik

Khas Buat Wanita, Ini Senarai Pusat Beli-Belah Di KL & PJ Dengan Parking 'Ladies Only'

Lebih selamat lepas ini.

Cover image via Malaysian Flavours & Reddit

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tempat awam adalah tempat terbuka kepada semua individu berjumpa dan berkumpul, walaupun begitu ia bukanlah jaminan yang kita akan sentiasa kekal selamat daripada pelbagai jenayah

Disebabkan itu, kita dinasihati agar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga terutama dalam keselamatan diri dan menjaga barangan penting.

Contohnya seperti pusat beli-belah yang menjadi tumpuan umum untuk meluangkan sedikit masa membeli pakaian baharu, makan di kafe hipster dan juga bertemu rakan untuk menonton wayang.

Terutamanya pada bahagian tempat parking yang kebiasaannya terletak di bawah tanah yang gelap hingga ada yang takut untuk berjalan sendiri terutamanya wanita.

Namun, tahukah anda sebenarnya ada beberapa pusat beli-belah yang menyediakan parking khas buat wanita? Ia kini lebih selamat untuk anda di luar sana.

Berikut ialah pusat beli-belah yang mempunyai tempat letak kereta khas buat 'wanita sahaja':

1. Mid Valley Megamall

Image via Mid Valley
Image via Mid Valley

Lokasi:

Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City,
59200 Kuala Lumpur, WPKL.

Kawasan letak kereta:

- Zon A P1 (134 ruang).

- Zon B P2 (121 ruang).

Maklumat tambahan:

Zon tempat letak kereta wanita juga mempunyai pengawasan CCTV, butang bantuan untuk bantuan segera, dan pondok kakitangan keselamatan sepanjang masa.

2. Jaya One

Image via Holidify
Image via Time Out

Lokasi:

72A, Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz,
Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya, Selangor.

Kawasan letak kereta:

- Tempat letak kereta ibu dan anak-anak (Aras P1 dan P2).

- Tempat letak kenderaan keluarga dan kanak-kanak (Aras P1 dan P2).

- Tempat letak kereta wanita hamil (Aras P1 dan P2).

- Tempat letak kereta wanita berseorangan (Aras P1 dan P2).

Maklumat tambahan:

Tempat letak kereta terletak berhampiran pintu masuk pusat membeli-belah.

3. KL Gateway Mall

Image via Sleepy Bear
Image via Dsf

Lokasi:

2, Jalan Kerinchi, Kampung Kerinchi,
59200 Kuala Lumpur, WPKL.

Kawasan letak kereta:

Ruang bawah tanah 1.

Maklumat tambahan:

Kawasan letak kereta terletak berhampiran eskalator dan akses lif ke pusat membeli-belah.

4. Pavilion Bukit Jalil

Image via Rise Malaysia
Image via SAYS

Lokasi:

Pusat Bandar, 2, Persiaran Jalil Utama,
Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kawasan letak kereta:

Tahap L1M, L1, B1 dan B2.

Maklumat tambahan:

Ruang letak kereta terletak berhampiran dengan eskalator dan akses lif. Kawasan itu juga kekal terang benderang sepanjang masa untuk memastikan keselamatan dan keselesaan.

5. Sunway Velocity Mall

Image via Sunway Velocity

Lokasi:

Lingkaran SV, Maluri,
55100 Kuala Lumpur, WPKL.

Kawasan letak kereta:

Basement Zon Kuning 2,

Nombor Tiang D17 hingga G20.

Maklumat tambahan:

Butang bantuan untuk bantuan segera tersedia.

6. Suria KLCC

Image via KLCC

Lokasi:

241, Suria KLCC, Kuala Lumpur City Centre,
50088 Kuala Lumpur, WPKL.

Kawasan letak kereta:

Aras P1.

Maklumat tambahan:

Ruang letak kereta terletak berhampiran dengan eskalator dan akses lif. Pengawasan CCTV tersedia, pengawal keselamatan bersiap sedia untuk mendapatkan bantuan, dan kawasan itu kekal terang benderang sepanjang waktu untuk memastikan keselamatan dan keselesaan.

7. Sunway Putra Mall

Image via Timeout
Image via Foursquare

Lokasi:

100, Jalan Putra, 50350 Kuala Lumpur.

Kawasan letak kereta:

Ruang bawah tanah 1.

Maklumat tambahan:

Untuk langkah keselamatan tambahan, wanita boleh mendekati concierge, atau pengawal keselamatan, dan meminta iringan ke kenderaan anda.

8. IOI Mall Puchong

Image via IOI Properties

Lokasi:

Lot S37, Batu 9, Jalan Puchong,
Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor.


Kawasan letak kereta:

Ruang bawah tanah 1, Sayap Selatan.


Maklumat tambahan:

Pengawasan CCTV, butang bantuan untuk bantuan segera, dan stesen kakitangan keselamatan sepanjang masa tersedia pada setiap masa.

Jika anda bukan seorang wanita yang memandu sendirian, jangan menyalahgunakan inisiatif hebat ini dengan meletak kereta di sana dan mengambil ruang yang dikhaskan untuk wanita bujang!

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: