seismik

Nampak Lebih Luas & Tenang, Ini Antara Idea Warna Cat Pilihan Untuk Bilik Tidur Anda

Warna rare pun ada.

Cover image via Houzz & Goodhousekeeping

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memilih warna cat yang sesuai dapat menaikkan lagi seri sesebuah kediaman

Tambahan lagi untuk warna bilik, kerana ia boleh meningkatkan lagi mood kita apabila melangkah ke dalamnya. Warna ini sangat memainkan peranan sebenarnya.

Kita biasanya akan lihat cat berwarna putih je kan betul tak? Apa kata anda cuba cat warna yang berbeza untuk ruangan anda. Pasti akan lebih menarik.

Jom lihat di bawah antara idea warna cat bilik tidur untuk anda:

1. Taupe

Taupe ialah warna cat rumah kontemporari dalam kategori warna neutral. Ia seolah-olah gabungan kelabu, coklat dan putih.

Warna ini akan membuatkan bilik anda nampak lebih luas. Ramai memilih warna ini kerana memberi kedamaian kepada mereka.

2. Krim

Warna krim juga menjadi salah satu warna pilihan.  Walaupun ia seakan-akan warna putih, namun jika diteliti dengan betul ia mempunyai sedikit perbezaan dan lebih cantik warnanya.

Selain cat warna ini di bilik tidur, ia juga sesuai untuk di cat pada ruangan tamu anda. Pasti nampak lebih luas.

3. Ungu cair

Jika anda peminat warna ungu, anda pasti mahu mempertimbangkan warna ini dalam bilik anda. Namun, jangan salah pilih kerana ungu terdapat banyak pilihan.

Anda disarankan untuk mengambil warna ungu cair kerana ia nampak lebih lembut dan menenangkan jika masuk di dalam bilik.

4. Hijau pastel

Image via Decoist

Warna hijau pastel sangat 'rare' untuk dilihat di kediaman seseorang. Namun, jika anda pandai menggabungkannya sesuai dengan dekorasi bilik pasti ia akan lebih menarik.

Pilih warna hijau pastel kerana seolah-olah anda dekat dengan alam semulajadi yang tenang rasanya.

5. Biru cair

Image via Deco Malaysia

Biru boleh dikatakan warna yang sesuai untuk bilik tidur. Ia kerana warna ini membuatkan bilik anda nampak lebih sejuk walaupun pada tengah panas.

Malah, warna ini juga mampu memberi ketenangan kepada anda. Lebih-lebih lagi jika anda suka membuat kerja di dalam bilik.

6. Kelabu

Image via Expertolux

Kelabu merupakan warna yang agak sedikit gelap berbanding warna-warna yang lain. Namun, jika anda menggabungkan dengan perabot, ia akan nampak lebih mewah dan eksklusif.

7. Peach

Image via Decorexpro

Warna peach juga jarang sekali dilihat di kediaman. Sebenarnya warna ini sangat menarik. Ia mampu menaikkan lagi suasana di dalam bilik dan nampak lebih fun.

Bolehlah cuba warna-warna ni nanti dekat bilik korang ;)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: