Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Senarai 'Bantuan Pelan Pemulihan Negara' Yang Diumumkan Oleh PM Untuk Rakyat Malaysia

Pakej PEMULIH berjumlah 150 bilion ringgit merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak 10 bilion ringgit.

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini telah mengumumkan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang merupakan bantuan akibat daripada pandemik Covid-19

Sejak pandemik Covid-19 melanda negara, kerajaan telah melaksanakan tujuh program bantuan dan pakej rangsangan.

Selaras dengan komitmen kerajaan untuk meneruskan agenda prihatin rakyat, kerajaan akan menyalurkan bantuan tunai langsung kepada rakyat berjumlah 10 billion ringgit.

Berikut di bawah adalah antara bantuan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang anda perlu tahu:

Fokus pertama: Meneruskan agenda prihatin rakyat

1. Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR tambahan

Image via Bantuan Pelan Pemulihan Negara

Kerajaan bersetuju untuk memberi bayaran tambahan bagi BPR sehingga 500 ringgit pada bulan Julai dan bayarannya akan dibuat secara berperingkat mulai esok, 29 Jun.

1. Isi rumah kategori miskin tegar bakal menerima bantuan
sebanyak 500 ringgit pada bulan Ogos, 500 ringgit pada bulan
November, dan 300 ringgit pada bulan Disember.

2. Isi rumah kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak
500 ringgit pada bulan Ogos dan 300 ringgit pada bulan Disember.

3. Golongan bujang kategori B40 akan menerima bantuan sebanyak
200 ringgit pada bulan Ogos.

4. Isi rumah kategori M40 turut menikmati bantuan sebanyak
250 ringgit, manakala bujang kategori M40 akan menerima 100
ringgit pada bulan Ogos.

2. Bantuan Kehilangan Pendapatan

Image via Bantuan Pelan Pemulihan Negara

Pada bulan Oktober nanti, sebanyak 500 ringgit akan disalurkan kepada pekerja yang kehilangan pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021. 

3. Memperluaskan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum PERKESO

4. Bantuan Bakul Makanan khusus untuk masyarakat Orang Asli

5. Mengekalkan harga runcit bagi petrol RON95, diesel dan LPG

6. Diskaun bil elektrik antara 5 hingga 40 peratus mengikut penggunaan kadar elektrik dengan had maksimum 900 kilowatt jam sebulan

7. Melanjutkan pemberian 1 gigabit data harian secara percuma sehingga 31 Disember 2021

Fokus kedua: Menyokong perniagaan

1. Penerima yang layak telahpun mendapat bayaran GKP 3.0 mereka sebanyak 1 ribu ringgit kira-kira dua minggu lepas, dan bakal mendapat 500 ringgit lagi pada pertengahan bulan Julai nanti

2. Menyediakan bayaran tambahan di bawah GKP 4.0 kepada penerima yang layak iaitu sebanyak 500 ringgit akan dibayar pada bulan September dan 500 ringgit lagi pada bulan November 2021

3. Memberikan Bantuan Khas Taska kepada lebih 4,400 pengusaha taska seliaan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta lebih 8 ribu pengusaha tadika swasta seliaan Kementerian Pendidikan

4. Memperkenalkan kemudahan pengeluaran baharu iaitu i-Citra. Menerusi i-Citra, seramai 12.6 juta ahli KWSP

5. Moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu, sama ada dari golongan B40, M40 atau T20, dan usahawan mikro

Fasa ketiga: Meningkatkan vaksinasi

1. Penambahan bekalan vaksin

2. Meningkatkan kadar pemberian vaksin harian, Kerajaan bersetuju untuk membuka 29 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) baharu

3. Kenaikan bayaran sagu hati daripada 50 ringgit kepada 100 ringgit sehari bagi sukarelawan kesihatan yang bertugas melebihi 12 jam sehari bermula Jun 2021

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment