seismik

Ini Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang 'Pelan Pemulihan Negara' & 4 Fasa Peralihan PKP

Aktiviti ekonomi dibenarkan kecuali yang berisiko tinggi.

Cover image via Berita RTM (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan Pelan Pemulihan Negara yang merupakan satu strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik Covid-19

Kerajaan telah merangka pelan ini dengan membuat pertimbangan sebaik mungkin bagi memastikan setiap keputusan yang diambil adalah untuk melindungi nyawa dan memastikan kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

Strategi Pelan Pemulihan Negara ini merangkumi empat fasa dan akan melibatkan pelan peralihan fasa PKP secara berperingkat. 

Setiap fasa pelan pemulihan ini berpaksikan kepada data yang bersandarkan tiga indikator ambang utama ataupun threshold untuk beralih dari satu fasa ke fasa seterusnya.

  1. Indikator Pertama ialah keadaan penularan COVID-19 dalam komuniti berdasarkan bilangan kes jangkitan harian;
  2. Indikator Kedua ialah keupayaan sistem kesihatan awam berdasarkan kadar penggunaan katil di Wad ICU; dan
  3. Indikator Ketiganya ialah tahap populasi yang dilindungi berdasarkan peratusan yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin.

Kerajaan akan menimbang peralihan daripada fasa pertama kepada fasa kedua PKP setelah:

  • Purata kes harian Covid-19 menurun di bawah 4,000 kes;
  • Sistem kesihatan awam tidak lagi berada di peringkat kritikal termasuk kadar penggunaan katil di ICU pulih ke paras sederhana; dan
  • 10 peratus populasi telah menerima 2 dos suntikan vaksin.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Utusan Malaysia

Fasa Kedua merupakan kesinambungan daripada Fasa Pertama dengan aktiviti sosial dan kawalan pergerakan terus dikawal dengan ketat. Semasa Fasa Kedua:

  • Aktiviti ekonomi akan dibuka secara berperingkat dengan membenarkan kapasiti pekerja sehingga 80% di premis;
  • Pendekatan senarai positif diteruskan iaitu hanya sektor yang tersenarai dibenarkan beroperasi manakala yang tidak tersenarai masih ditutup.
  • Senarai positif daripada Fasa 1 akan juga diperluaskan semasa Fasa 2 dengan menambahkan beberapa sektor; dan
  • Aktiviti sosial dan rentas negeri masih tidak dibenarkan.

Kerajaan akan beralih kepada Fasa Ketiga sekiranya berjaya mencapai nilai ambang atau threshold berikut, iaitu:

  • Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 2 ribu kes;
  • Sistem kesihatan awam berada di tahap selesa dengan penurunan kadar penggunaan katil di ICU ke paras mencukupi; dan
  • 40 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
  • Nilai ambang ini dijangka dapat dicapai paling awal pada akhir bulan Ogos 2021.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Semasa Fasa Ketiga ini:

  • Semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif, iaitu aktiviti yang berisiko tinggi menyebabkan jangkitan Covid-19 atau melibatkan keramaian;
  • Sektor ekonomi akan kekal dibenarkan beroperasi pada kapasiti 80% seperti Fasa Kedua; dan
  • Aktiviti sosial termasuk pendidikan dan sukan tertentu boleh mula dibuka secara berperingkat.
  • Sidang Parlimen boleh diadakan dalam Fasa ini iaitu sekitar bulan September atau Oktober dengan mengikut SOP yang ketat.

Kerajaan akan dapat beralih kepada Fasa Keempat sekiranya berjaya mencapai nilai ambang berikut, iaitu:

  • Purata kes harian COVID-19 menurun ke paras bawah 500 kes;
  • Sistem kesihatan awam berada di paras selamat termasuk kadar penggunaan katil di ICU di paras mencukupi; dan
  • 60 peratus populasi negara ini telah menerima dua dos suntikan vaksin.
  • Berdasarkan unjuran pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, peralihan ini dijangka dapat dilaksanakan seawal akhir bulan Oktober 2021.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Fasa Keempat adalah fasa terakhir Pelan Pemulihan Negara di mana kita seboleh mungkin dapat kembali semula kepada norma kehidupan seharian:

  • Semua sektor ekonomi akan dibuka, lebih banyak aktiviti sosial akan dibenarkan, perjalanan rentas negeri dibolehkan dan pelancongan domestik juga akan dibuka tertakluk kepada SOP yang ketat.
  • Fasa ini dapat dilaksanakan apabila bilangan kes Covid-19 adalah rendah, sistem kesihatan awam di tahap selamat dan program vaksinasi telah mencapai tahap imuniti berkelompok atau herd immunity selewatnya pada akhir tahun ini.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: