Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Ini Senarai 10 Konsert Gempak 2025 Yang Dah Confirm Diadakan Di Malaysia Bermula Februari

Bersedia untuk membocorkan poket anda.

Cover image via Klook @akuamysearch

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tahun 2025 dijangka menjadi tahun kegemaran ramai peminat muzik di Malaysia

Apa tidaknya, baru sahaja masuk bulan Februari, sudah beberapa artis luar negara sudah melangsungkan konsert di Malaysia.

Jadi, kali ini kami akan senaraikan beberapa artis dari dalam dan luar negara serta antaranya legend-legend yang datang buat kali pertamanya di Malaysia juga ada yang kembali ke sini.

Image via giphy.com

1. The Script (9 Februari)

Band dari Ireland ini kembali lagi ke Malaysia tahun ini selepas 10 tahun dengan konsert The Script: Satellites World Tour 9 Februari ini.

Kumpulan muzik yang membawa lagu bergenre pop ini pasti dinantikan para peminatnya yang mengharapkan lagu-lagu seperti Man Who Can’t Be Moved, Hall of Fame, Breakeven dan Superheroes dimainkan.

Lokasi: Mega Star Arena

Tarikh: 9 Februari 2025

Masa: 8 malam

Harga tiket: Bermula dari RM198

Dapatkan tiket sekarang di sini!

2. Hoobastank (10 Februari)

Band yang berasal dari Agoura Hills, California ini bakal datang ke Malaysia untuk konsert Asian Tour 2025.

Kumpulan muzik yang terkenal dengan lagu The Reason ini akan membawakan lagu-lagu hit mereka istimewa buat peminat yang hadir.

Lokasi: Zepp KL

Tarikh: 10 Februari 2025

Masa: 8.30 malam

Harga tiket: Bermula dari RM333

Dapatkan tiket sekarang di sini!

3. Maroon 5 (12 Februari)

Maroon 5 mengejutkan peminat di Malaysia apabila mengumumkan bakal melakukan konsert di Malaysia sempena Asia Tour 2025 mereka.

Sudah pasti peminat pasti mengharapkan lagu-lagu hit mereka seperti Sugar, Moves Like Jagger, This Love, She Will Be Loved dan banyak lagi.

Lokasi: Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil

Tarikh: 12 Februari 2025

Masa: 8 malam

Harga tiket: Bermula dari RM398

Dapatkan tiket sekarang di sini!

4. Yuna (15 - 16 Februari)

Yuna kembali lagi kini dengan persembahan intimasi khas buat peminat yang sentiasa menyokongnya selama ini.

Untuk dua hari berturut-turut, Yuna dijangka mempersembahkan 12 lagu hit kegemaran peminat seperti Dan Sebenarnya, Terukir Di Bintang dan Masih Sunyi.

Lokasi: PJPAC, 1 Utama Shopping Centre

Tarikh: 15-16 Februari 2025

Masa: 3 petang

Harga tiket: Bermula dari RM185

Dapatkan tiket sekarang di sini!

5. Green Day (18 Februari)

Penantian itu satu penyeksaan, buat pertama kalinya Green Day akhirnya tiba di Malaysia merealisasikan impian beribu peminat Green Day di Malaysia.

Konsert ini merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara bagi kumpulan muzik Punk Rock ini melibatkan Kuala Lumpur dan Jakarta sahaja.

Lokasi: Stadium Nasional Hoki Bukit Jalil

Tarikh: 18 Februari 2025

Masa: 8 malam

Harga tiket: Bermula dari RM358

Tiket mungkin dah habis, tapi kalau anda nak cuba nasib dapatkan tiket sekarang di sini!

6. Kehlani (21 Februari)

Hadir dengan konsert debutnya di Malaysia, calon pemenang Grammy ini bakal menemui peminat di Merdeka Hall, WTC untuk konsert Crash World Tour.

Penyanyi yang terkenal dengan kelantangannya menyokong Palestin ini bakal mempersembahkan lagu-lagu barunya daripada album CRASH bersama lagu-lagu hitnya yang lain.

Lokasi: Merdeka Hall, WTC Kuala Lumpur

Tarikh: 21 Februari 2025

Masa: 8 malam

Harga tiket: Bermula dari RM258

Dapatkan tiket sekarang di sini!

7. Infinite (22 Februari)

Bagi peminat K-pop 2nd gen sudah pasti gembira dengan kedatangan Infinite yang bakal hadir dengan konsert INFINITE 15th Anniversary Limited Edition Concert Tour di Malaysia.

Sezaman dengan kumpulan K-pop seperti BIGBANG, Super Junior dan SHINee, boy band dari Korea Selatan ini bakal hadir dengan ahlinya yang penuh selepas kali terakhir membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 2013.

Lokasi: Mega Star Arena
Tarikh: 22 Februari 2025

Masa: 8 malam

Harga tiket: Bermula dari RM338

Dapatkan tiket sekarang di sini!

Image via Star Planet

8. Amy Search (26 April)

Konsert yang diberi nama Amy Search Magic First Solo Concert itu dijangka menjadi salah satu detik penting dalam perjalanan seni Amy yang berkelana selama lebih empat dekad dalam industri muzik.

Amy kini bersedia untuk menonjolkan sisi berbeza dan langkah ini dilihat sebagai satu usaha untuk mempersembahkan kehebatannya secara lebih mendalam dan intim kepada peminat.

Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil

Tarikh: 26 April 2025

Masa: 8.30 malam

Harga tiket: Bermula dari RM188

Dapatkan tiket sekarang di sini!

9. Boyz II Men (25 Mei)

Kumpulan legenda dalam genre R&B Boyz II Men bakal kembali ke Kuala Lumpur 25 Mei ini.

Konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena ini bakal menjanjikan peminat setia mereka lagu-lagu klasik mereka sepanjang zaman dalam persembahan mereka.

Lokasi: Mega Star Arena, Kuala Lumpur

Tarikh: 25 Mei 2025

Masa: 8.30 malam

Harga tiket: Bermula dari RM355

Dapatkan tiket sekarang di sini!

10. BABYMONSTER (21 Jun)

BABYMONSTER sekali lagi bakal membuat persembahan di Malaysia dengan konsert Hello Monster World Tour 21 Jun ini.

Buat masa ini, harga tiket dan venue konsert masih belum didedahkan, jadi para peminat boleh terus stay tuned tunggu update!

Tarikh: 21 Jun 2025

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment