Isu Kebersihan Di Kuala Lumpur, Ambil Gelandangan Sebagai Pekerja Jadi Jalan Penyelesaian
DBKL melancarkan Pelan Hala Tuju Kuala Lumpur Ke Arah Sifar Sisa 2040 dengan sasaran 60 peratus pengurangan sisa menjelang tahun 2040.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dalam perbincangan bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dalam mengambil gelandangan sebagai pekerja bagi selesaikan isu kebersihan
Menurut laporan New Straits Times, menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata langkah tersebut akan dilakukan menerusi program Bersih Setiap Tempat (BeST) di kawasan Wilayah Persekutuan.
"Kempen BeST ini bertujuan meningkatkan tahap kebersihan, kesedaran sivik serta rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan warga Wilayah Persekutuan.
"Kempen ini dilancarkan pada 19 Januari 2025 dan turut dilaksanakan serentak di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan.
"JWP juga sedang berbincang dengan SWCorp untuk memperkasakan gelandangan dengan mendaya-upayakan mereka menjadi sumber untuk menjaga kebersihan di Wilayah Persekutuan," katanya.
Inisiatif yang lain turut dinyatakan untuk menangani cabaran pengurusan sisa, termasuk meningkatkan kutipan sisa di pusat bandar melalui SWCorp dan Alam Flora
Beliau berkata lagi, Zon Bebas Sampah diperkenalkan dengan kompaun maksimum RM500 bagi kesalahan membuang sampah serta menambah kekerapan sehingga tiga kali pembersihan dalam tempoh 24 jam.
"Pemasangan 2,000 kamera litar tertutup (CCTV) berteknologi AI di WP Kuala Lumpur bagi mengesan aktiviti pembuangan sampah haram.
"Ops Penguatkuasaan Anti-litter dikuatkuasakan, dengan 2,457 kompaun dikeluarkan pada 2024 di bawah Akta 133 (Akta Jalan, Parit dan Bangunan).
"DBKL akan melancarkan Pelan Hala Tuju Kuala Lumpur Ke Arah Sifar Sisa 2040 yang mensasarkan 60 peratus pengurangan sisa menjelang 2040 ke tapak pelupusan.
"Ini mencerminkan komitmen berterusan JWP, bersama dengan agensinya, untuk memastikan pengurusan sisa berada pada standard tertingginya," katanya lagi.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!