seismik

KTMB Tawar Tren Percuma Ke Batu Caves Pada 10 & 11 Februari Ini Sempena Perayaan Thaipusam

Perkhidmatan percuma ini akan bermula pada tengah malam 10 Februari dan akan berakhir pada 11.59 malam 11 Februari.

Cover image via NST & Esumber

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Sempena perayaan Thaipusam 11 Februari ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan tren percuma bermula 10 hingga 11 Februari

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengumumkan perkhidmatan komuter di Lembah Klang akan diberikan secara percuma di semua stesen KTM Komuter melibatkan laluan Batu Caves-Pulau Sebang dan Pelabuhan Klang-Batu Caves.

Perkhidmatan percuma ini akan bermula pada tengah malam 10 Februari dan akan berakhir pada 11.59 malam 11 Februari.

"Tambang percuma ini akan bermula pada pukul 12 tengah malam hingga 11.59 malam dengan mekanisme imbasan keluar (check out) melalui pintu automatik (ACG).

"(Pembayaran) di mana penumpang boleh menggunakan aplikasi KTMB Mobile (KITS), Kad Komuter Link, Kad Touch ‘N Go, Kad debit atau kredit bank tempatan, Tiket QR fizikal yang boleh diperoleh secara percuma di kaunter tiket pada hari berkenaan," katanya.

Image via Esumber

Tambahan perkhidmatan tren 24 jam juga tersedia selama empat hari tiga malam sepanjang perayaan Thaipusam

Bagi menampung peningkatan perjalanan semasa perayaan Thaipusam, KTM Komuter akan melanjutkan waktu operasinya dari 9 hingga 12 Februari.

Tren tambahan akan berjalan melebihi waktu tutup biasa, dengan tren dari Pulau Sebang ke Batu Caves bergerak pada 9.55 malam manakala tren dari Pelabuhan Klang ke Batu Caves bergerak pada 9.30 malam.

Tren dari KL Sentral akan beroperasi lebih kerap, dengan pelepasan setiap 30 minit berbanding waktu biasa setiap jam.

Laluan Pelabuhan Klang-Tanjung Malim juga akan beroperasi mengikut jadual penuh bagi memastikan perkhidmatan mencukupi sepanjang sambutan Thaipusam.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: