seismik

“Kena Ikut Tekak Melayu!” - Lelaki Berang Dakwa Influencer Jatuhkan Bisnes, Jason Respon

Tengok review Google jelah lepas ni.

Cover image via @ceokakireview (TikTok) & @scaredtodie (TikTok)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tular sebuah video lelaki bengang mendakwa seorang influencer yang terkenal dengan review makanan di TikTok menjatuhkan perniagaan orang lain

Menerusi video yang dikongsi @ceokakireview di TikTok, dia meluahkan rasa kecewa terhadap seorang influencer di TikTok yang terkenal dengan review makanan dengan mendakwa individu terbabit menjatuhkan 'bisnes' peniaga.

"Dia pergi review sampai tak ada orang kedai tu, kau nak tolong peniaga ke nak menjahanamkan peniaga.

"Kesian orang meniaga, tekak aku dengan tekak kau tak sama, tak adalah makanan tak sedap kitorang masuk dalam video, tak sedap kitorang cakap tak tapi cakap depan-depan dan bukan dalam video.

"Kita siapa nak bagi peniaga-peniaga ini rating, kita tak tahu mereka ni siapa, entah-entah dia chef ke dia champion daripada kau dulu ke, bila kau review citarasa orang Melayukau kena ikut tekak orang Melayu bukan ikut tekak kau," ujarnya.

@ceokakireview

yang faham,teruskan faham,yg dh tau kita terus support peniaga² bangsa kita sendiri..

Powerful songs like action movie music - Tansa

Jason tampil beri respon terhadap video tersebut

Merasakan dirinya adalah individu yang diperkatakan dalam video terbabit, Jason, influencer yang terkenal dengan content review makanan di TikTok, tampil memberi respon menerusi video yang dikongsinya di TikTok.

"Dia suruh saya jangan jujur sangat, dakwanya sebab kejujuran saya kedai tak ada orang, tak kira betapa besar saya punya platform, kalau saya cakap tak sedap tapi kedai itu sedap, tak kiralah macam mana pun pasti tetap akan ada orang makan di kedai itu.

"Kalau ikut logik awak, awak nak semua pengguna tak patut post apa-apa kalau makanan tersebut tak sedap, jadi kalau semua orang berpihak kepada business siapa yang akan berpihak kepada pengguna yang boleh kesiankan duit titik peluh kami?

"Awak beritahu kenapa saya perlu letak rating dalam review disebabkan peniaga mungkin seseorang lebih baik dari saya, perkara ini saya lihat seperti sifat sembah tinggi pijak rendah," jelasnya.

@scaredtodie

my plan was to review gastro hub today but

original sound - Jason

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: