[VIDEO] Trump Umum US Akan Ambil Alih Gaza, Pindahkan Warga Palestin Ke Negara Lain
Trump berkata penduduk Palestin harus ditempatkan sementara di negara lain.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Donald Trump mahu Amerika Syarikat (AS) ambil alih Semenanjung Gaza selepas rakyat Palestin ditempatkan semula di tempat lain
Menerusi laporan Reuters, perkara itu mahu dilakukan Trump untuk membangunkan ekonomi di kawasan tersebut.
"AS akan mengambil alih Semenanjung Gaza dan kami akan melakukan sesuatu dengan pengambilalihan ini.
"Kami akan membangunkannya, mencipta beribu-ribu peluang pekerjaan, ia akan menjadi sesuatu yang boleh dibanggakan di antara seluruh kawasan Timur Tengah," katanya.
Pengumuman itu dilakukan selepas cadangan mengejutkan Trump pada awal Selasa untuk penempatan semula tetap rakyat Palestin dari Gaza ke negara-negara jiran.
Trump tidak menjawab soalan tentang bagaimana dan di bawah kuasa apa AS boleh mengambil alih tanah Gaza
Trump berkata dia telah bercakap dengan pemimpin serantau dan mengatakan mereka menyokong idea itu.
"Saya melihat ini adalah pengambilalihan jangka panjang yang boleh membawa kestabilan besar kepada kawasan itu,"
"Saya telah mengkaji perkara ini dengan teliti selama beberapa bulan," tambahnya, setelah mengatakan akan melawat Gaza tanpa memberitahu bila.
Pengumuman itu dilakukan ketika Trump menjemput Netanyahu dalam sebuah sidang media di White House
Trump membuat kenyataan mencadangkan agar rakyat Palestin meninggalkan Gaza untuk untuk kehidupan yang lebih baik.
"Saya tidak tahu bagaimana mereka (Palestin) mahu kekal," kata Trump ketika ditanya mengenai reaksi pemimpin Palestin dan Arab terhadap cadangannya.
"Mereka patut hidup di tempat yang elok di mana mereka boleh gembira dan tidak ditembak, bukan dibunuh.
"Mereka tidak akan mahu kembali ke Gaza," katanya.
Menegaskan semula cadangannya, Trump menyifatkan Semenanjung Gaza sebagai simbol 'kematian dan kemusnahan' sejak sekian lama dan berkata penduduk Palestin di sana harus ditempatkan sementara di negara lain.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!