seismik

Dah Tak Boleh Berkhemah Di Pantai Teluk Kemang, Ramai Tak Puas Hati Dengan Keputusan MPPD

Sebelum ini, pihak penguat kuasa melarang khemah komersial dipasang di pantai Port dickson.

Cover image via MPPD (Facebook)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, tular sebuah klip Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) memberi peringatan kepada pengunjung pantai supaya tidak memasang khemah

Menerusi video perkongsian @serembanpage di TikTok, rakaman itu memaparkan hebahan bergerak yang sedang dilakukan MPPD berkaitan larangan memasang khemah di Port Dickson.

Video tersebut menerima pelbagai reaksi netizen mempersoalkan larangan yang dikuatkuasakan pihak Majlis.

MPPD mengumumkan pantai awam di situ kini tidak membenarkan pemasangan khemah tidak kira komersial mahupun persendirian

Menerusi hantaran pihak MPPD di Facebook, pihak Majlis telah menguatkuasakan larangan memasang khemah di beberapa pantai awam di Port Dickson.

Larangan itu meliputi semua jenis khemah termasuklah khemah yang digunakan untuk tidur mahupun berkelah.

Berikut adalah lokasi yang dimaklumkan larangan berkuat kuasa:

1. Pantai Tanjung Gemuk
2. Pantai Batu 1
3. Pantai Bagan Pinang
4. Pantai Saujana
5. Pantai Cahaya Negeri
6. Pantai Batu 5
7. Pantai Teluk Kemang
8. Pantai Purnama
9. Pantai Cermin
10. Pantai Tanjung Biru
11. Pantai Dickson

Image via MPPD (Facebook)

Hebahan larangan tersebut mendapat keluhan daripada orang ramai

Melihat reaksi daripada netizen melalui hantaran berkenaan, kebanyakannya memberi kecaman tentang penguatkuasaan ini.

Selepas selesai sahaja isu 'khemah biru' yang memburukkan pandangan pantai Port Dickson, pengunjung dilihat lega dengan arahan MPPD melarang khemah untuk kegunaan komersial dipasang di pantai.

Namun begitu, susulan isu tersebut penguatkuasaan ini diperluas kepada semua jenis khemah sekaligus menimbulkan ketidakpuashatian orang ramai yang hanya berharap isu 'khemah biru' diselesaikan.

Lihat antara komen yang diberikan di bawah:

Image via MPPD (Facebook)
Image via MPPD (Facebook)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

More stories to read: