Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

IOI City Mall Cari Imam Surau Sepenuh Masa, Ini Antara Syarat Kelayakannya

Siapa tengah cari kerja tu boleh lah apply!

Cover image via IOI City Mall (Facebook)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Baru-baru ini, pusat beli-belah terkemuka di Putrajaya iaitu IOI City Mall sedang mencari imam surau sepenuh masa

Pihak pengurusan IOI City Mall bukan saja mencari imam bagi memimpin solat fardu lima waktu setiap hari, malah turut boleh mengimamkan solat Jumaat, terawih dan solat sunat Hari Raya.

Bagi yang ingin memohon jawatan tersebut di 'Musalla IOI City Mall', individu berkenaan perlu menyampaikan khutbah, memberi khidmat nasihat dan mewakili surau dalam aktiviti keagamaan serta majlis keramaian.

Image via IOI City Mall (Facebook)

Berikut adalah antara syarat kelayakan untuk menjadi imam sepenuh masa di IOI City Mall:

  • Memiliki ijazah dalam Pengajian Islam, Syariah atau bidang berkaitan daripada institusi diiktiraf.
  • Mereka yang melanjutkan pengajian tinggi di dalam perundangan Islam (Fiqh) lebih diutamakan dan pemohon jawatan tersebut harus memiliki pengalaman selama tiga hingga lima tahun.
  • Menyampaikan khutbah yang relevan, bermaklumat dan memberi inspirasi.
  • Mengawasi program pendidikan agama termasuk kelas Al-Quran dan pengajian Islam.
  • Memberi panduan tentang perundangan Islam (Fiqh).
  • Menawarkan kaunseling rohani dan emosi termasuk perkara peribadi dan agama.
  • Mengendalikan perkhidmatan pengebumian dan memberi sokongan kepada keluarga yang kehilangan.
  • Bekerjasama dengan lembaga atau jawatankuasa surau mengenai perancangan strategik dan pengurusan operasi.
  • Mengawasi pengurusan Musalla dan kemudahan surau lain di IOI City Mall serta memastikannya diselenggara dengan baik.
  • Berkhidmat sebagai wakil surau kepada pihak media dan di majlis-majlis awam.

Image via googleapis.com

Image via googleapis.com

Walau bagaimanapun, pihak IOI City Mall tidak mendedahkan jumlah gaji yang ditawarkan kepada pemohon menerusi platform pencarian pekerjaan, Jobstreet itu

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment