seismik

Wanita Kongsi Tradisi 'Majlis Panggil Menantu' Dalam Keluarga, Semua Riuh Sakat Pengantin!

Meriah keluarga dia, best!

Cover image via @akmaabdullah_ (TikTok)

Follow kami di WhatsApp ChannelsTelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap kali adanya majlis perkahwinan, sudah tentu pengantin akan berkenalan dengan keluarga baru sebelah pasangan mereka

Sesetengah keluarga besar pula ada yang mengamalkan tradisi turun temurun setiap kali menerima ahli baru untuk mengenali mereka dengan lebih rapat.

Seperti apa yang dikongsi oleh seorang wanita ini apabila dia memuat naik video di TikTok memaparkan keluarganya membuat 'Majlis Panggil Menantu' sebaik saja selesai majlis persandingan pengantin telah mencuri tumpuan ramai.

Menerusi video berdurasi 1 minit 29 saat itu, kelihatan pasangan pengantin baru tersebut tiba di sebuah rumah untuk menghadiri 'Majlis Panggil Menantu'.

Apa yang menariknya, semua ahli keluarga sudah berkumpul terlebih dahulu sambil menanti ketibaan pasangan mempelai.

Tujuan majlis tersebut diadakan adalah untuk menguji sejauh mana menantu mengenali keluarga besar mereka. Pelbagai soalan akan ditanya oleh pak cik dan mak cik. Kemudian, pengantin akan menerima duit dan hadiah daripada ahli keluarga yang lain.

"Soalan berkaitan keluarga Hamshi akan di tanya pada pasangan pengantin (orang baru) pasangan hanya boleh membantu sahaja dengan jawapan.

"Nervous weyy! Bayangkan kita org baru, tetiba kena tanya soalan. Kalau study pun boleh lupa sebab semua mata menghadap kita.

"Setiap kali wedding, mmg tradisi ni antara yang kita tunggu2 hehehhee. Nak tengok pucat muka 'keluarga baru'," katanya.

Lihat video penuh di bawah:

@akmaabdullah_

Tradisi Hamshi setiap kali selesai sesuatu majlis perkahwinan. Majlis Panggil Menantu Soalan berkaitan keluarga Hamshi akan di tanya pada pasangan pengantin (orang baru) pasangan hanya boleh membantu sahaja dengan jawapan Nervous weyy!! Bayangkan kita org baru, tetiba kena tanya soalan. Kalau study pun boleh lupa sebab semua mata menghadap kita Itulah yg saya rasa dulu. Aduhhh berpeluh sakit perut semua ada. Tapi suami saya hebat. Dia tolong bg jawapan semua Bila dah pengantin lama ni, kami jd tukang sakat je la kat pasangan baru actually best tau! Buat kita lagi rapat. Saling mengenali antara satu sama lain. So pergi mana2 pun kita senang nak bergaul. Setiap kali wedding, mmg tradisi ni antara yang kita tunggu2 hehehhee. Nak tengok pucat muka “keluarga baru” Gelagat yang lain tak payah cakaplah. Macam macam ragam ada. Kelakar. Meriah weyyy!!! Thanks to keluarga Mienomie dan Warga Hamshi Utara untuk majlis dan makanan yang sedap2 semoga Allah kurniakan lagi rezeki yang melimpah ruah. Aamiin Again! Welcome to Hamshi, Ezzri!! #akmashares #thehamshiclan #akmaayeh

Bunga Rampai - Zaleha Hamid

Seronok tengok gelagat masing-masing, macam ini barulah pengantin rasa dihargai dan tak kekok dengan family baru :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: