Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

"Islam Agama Keganasan" - Kenyataan Senator Queensland Tentang Insiden Tembak Undang Marah

Menurut kenyataan itu, beliau seolah-olah cuba menuding jari kepada umat Islam.

Cover image via The New Daily

Senator Queensland, Fraser Anning telah dikritik hebat ekoran tindakannya yang mengeluarkan kenyataan ‘kurang sensitif’ berkenaan insiden tembakan rawak di masjid Christchurch

Menurut kenyataan Senator itu, meskipun beliau mengutuk tindakan mereka yang melakukan keganasan terbabit, beliau bagaimanapun menurut kenyataan itu, beliau seolah-olah cuba menuding jari kepada umat Islam.

Image via Siakap Keli

Dalam kenyataan yang dikeluar hari ini, beliau berkata, “Tindakan ganas ini sememangnya tidak dapat dipastikan. Namun apa yang pasti, ia akan menimbulkan ketakutan dalam komuniti kita sama ada di Australia dan New Zealand.

"Seperti biasa, ahli politik berhaluan kiri dan media sentiasa tergesa-gesa untuk meneka dan mencari tahu punca kejadian dan semuanya ternyata mengarut.”

Fraser Anning

Image via The News Daily

Anning kemudian menuduh insiden pembunuhan beramai-ramai itu berpunca daripada program penghijrahan yang membolehkan golongan fanatik Islam berpindah ke New Zealand.

“Punca sebenar tragedi berdarah itu adalah disebabkan pihak imigran yang datang ke New Zealand”

“Supaya lebih jelas, mereka adalah mangsa pada hari ini, namun sebelum ini mereka merupakan pelakunya. Di seluruh dunia, mereka membunuh orang lain secara besar-besaran dengan nama kepercayaan mereka,” katanya.

Masjid Al Noor di Deans Ave

Image via SAYS

Beliau mendakwa, Islam secara keseluruhannya adalah sebuah agama ‘beridelogikan keganasan yang berlindung di sebalik seorang pemimpin agama, yang mana menjustifikasikan peperangan tanpa henti terhadap sesiapa yang menentangnya dan menyeru pembunuhan mereka yang tidak percaya serta murtad’.

Perdana Menteri Australia, Scott Morrison bagaimanapun menyifatkan kenyataan itu sebagai ‘menjijikkan’ dan tiada tempat di negara ini, seperti yang dilaporkan akhbar Utusan

Image via NST

Pada pukul 1.40 petang waktu tempatan hari ini, dilaporkan berlaku insiden tembakan di Masjid Al-Noor dekat Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 40 nyawa.

Insiden itu turut dilaporkan menyebabkan 20 orang cedera.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Lagi artikel di SAYS:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment