seismik

Video 'Live Stream' Pengganas NZ Lepaskan Tembakan Ke Arah Jemaah Masjid Adalah Sahih

Video ini berlangsung selama 15 minit.

Cover image via Twitter

Sebuah video yang menunjukkan 'pov' seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan kepada semua orang di dalam masjid telah tersebar

Image via thesun.co.uk

Insiden berkenaan dikatakan berlaku sebentar tadi di Christchurch, New Zealand di mana seorang pengganas dilapor telah melakukan live stream di Facebook semasa melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah jemaah masjid.

Pengganas tersebut didakwa mula merakam video berdurasi 15 minit itu semasa masih berada di dalam kereta sebelum turun dan masuk ke dalam masjid

Dalam video tersebut, penembak boleh dilihat memegang senjata api besar dan berjalan kemudian memasuki bangunan dan melepaskan tembakan tanpa belas kasihan.

Video ini telah disahkan sahih oleh Vox.

P/S: Pihak SAYS membuat keputusan untuk tidak menyiarkan video-video yang tersebar berkenaan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Baca kes penuh DI SINI:

You may be interested in: