seismik

Dua Masjid Di New Zealand Diserang Tembakan Pengganas Ketika Solat Jumaat, 9 Sah Maut

Kejadian berlaku di Deans Ave dan Linwood Ave.

Cover image via Stuff | ABC

Penduduk di Christchurch dinasihatkan untuk tidak keluar dari rumah selepas pengganas bersenjata dilapor telah melepaskan tembakan di dua buah masjid di situ

Image via netdna-ssl.com

Sumber mengatakan 9 orang telah sah terkorban dalam kejadian menggemparkan ini.

Dua buah masjid yang menjadi sasaran tersebut adalah Masjid Al Noor di Deans Ave dan Linwood Masjid di Linwood Ave.

Masjid Al Noor di Deans Ave

Image via stuff.co.nz

"Polis bertindak balas dengan keupayaan penuh untuk menguruskan keadaan, tetapi risiko persekitaran kekal tinggi," kata polis yang dipetik daripada Twitter @nzpolice. Pihak berkuasa New Zealand menggambarkan situasi ini sebagai 'insiden senjata yang serius' di pusat bandar.

Seorang saksi berkata ketika beliau sedang menunaikan solat di Masjid Al Noor, beliau mendengar beberapa tembakan dilepaskan

Dia berjaya melarikan diri, namun isterinya terbaring di luar masjid tidak lagi bernyawa.

Image via stuff.co.nz

Seorang lagi saksi berkata dia melihat kanak-kanak ditembak tanpa belas kasihan.

Menurutnya, puluhan orang ditembak oleh seorang lelaki yang memakai seragam tentera bertopi keledar, yang mengosongkan sekurang-kurangnya dua magazine senapang.

"Dia mempunyai senjata besar dan banyak peluru dan dia datang dan mula menembak semua orang di masjid. Mereka perlu memecahkan pintu dan kaca dari tingkap dan dari pintu kecil untuk menyelamatkan diri dan keluar," katanya.

Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel berkata dia amat terkejut tidak terkata dengan insiden tembakan yang meletus ini

Datuk Bandar Christchurch, Lianne Dalziel

Image via stuff.co.nz

"Saya tak pernah menjangkakan apa-apa seperti ini berlaku di Christchurch, saya tidak pernah menjangka kejadian seperti ini berlaku di New Zealand," katanya.

"Saya mendapat mesej dari seluruh negara, dan dari seluruh dunia, saya tahu semua orang terkejut."

Dalziel berkata dia tidak dapat memberi sebarang komen mengenai tembakan itu.

Image via vox-cdn.com

Terbaru, sebuah video telah tersebar yang menunjukkan 'pov' seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan kepada semua orang di dalam masjid di Christchurch

Image via newshub.co.nz

Video ini menunjukkan babak di mana seorang lelaki bersenjata menerjah masuk ke dalam masjid dan melepaskan tembakan kepada semua jemaah yang berada di dalam. Jemaah dilihat sedang berkumpul di belakang masjid untuk berlindung namun tetap ditembak tanpa belas kasihan.

Walau bagaimanapun, video tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya.

Ketika kejadian berlaku, seluruh pasukan kriket Bangladesh berada di dalam masjid dan mereka berjaya keluar dengan selamat

Seluruh ahli pasukan kriket Bangladesh berada di dalam masjid ketika tembakan dilepaskan sebentar tadi.

Wartawan Cricinfo, Mohammad Isam memuat naik sebuah video di Twitter menunjukkan pasukan bergegas melintasi Hagley Park dari masjid untuk menyelamatkan diri.

Bangladesh dijangka bertemu New Zealand di Hagley Oval pada hari Sabtu. Pasukan kriket New Zealand telah pun dihubungi sama ada permainan masih akan diteruskan.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

You may be interested in: