Isteri Hamil Menangis Apabila Suami Enggan Rasa Roti Hasil Air Tangannya Sendiri
Alahai, suaminya pun ambillah hati isteri sikit.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Wanita hamil bukan sahaja mengalami perubahan fizikal, malah mereka juga mengalami isu pengawalan emosi
Iyalah, kadang perkara remeh sahaja tetapi cara penerimaan mereka jadikan perkara tersebut amat jauh berbeza pandangan dengan orang lain.
Menerusi video yang dikongsikan oleh pempengaruh kelahiran Vietnam, Mai Vo di TikTok yang kini sedang berbadan dua meluahkan rasa sedih apabila suaminya enggan menjamah roti yang dibuat dengan air tangannya sendiri.
Menurut Mai Vo, suaminya sedang mengamalkan diet pemakanan sihat antara punca dia tidak mahu menjamah roti tersebut.
"Suami memang suka roti panas-panas, jadi hari Sabtu saya buatkan untuk cheat day.
"Dah la kita uli tepung buat roti dari lepas Subuh sehingga Zuhur.
"Bersungguh saya suruh suami cuba makan, suami tak mahu sebab dah cukup cheat hari ini.
"Bertambah sedih bila roti ini sedap tapi suami tak mahu cuba", tulisnya.
Namun, sebelum ini Mai Vo memang langsung tiada masalah jika suaminya enggan menghabiskan makanan yang disediakan olehnya. Mungkin kerana sedang berbadan dua, dirinya jadi lebih sensitif apabila suami menolak.
Apa yang menyedihkan apabila Mai Vo menjamah sendirian roti tersebut sambil menangis di balkoni rumahnya.
Image via maivodyakonov (TikTok)
"Hormon waktu mengandung memang ke laut. Cuit sikit tapi terasa sampai ke ulu hati" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 51.1K tontonan, 3K tanda suka dan 106 komen di TikTok.
Berikut merupakan antara komen-komen netizen di TikTok:
Image via @maivodyakonov (TikTok)
Image via @maivodyakonov (TikTok)
Image via @maivodyakonov (TikTok)
Lihat video penuh itu di bawah:
Aduh, hari lain boleh lagi nak diet encik suami oi. Kesian bumil tu :(
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!
Image via SAYS Sesmik
Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:
Leave a comment