Isu Hukum Haram Berniaga 'Live Cedok' Di TikTok, Ini Penjelasan PU Amin & Pakar Muamalat
Umpama berniaga ketika zaman jahiliah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Jika dilihat di media sosial ketika ini, pelbagai trend berniaga dilakukan oleh seller bagi melariskan produk jualan mereka
Antara salah satunya ialah kaedah 'live cedok' dengan menjual pelbagai jenis barangan seperti kosmetik, gula-gula dan kerongsang.
Menerusi kaedah berkenaan, si penjual akan mencedok barangan jualan mengikut jumlah yang dibayar pembeli secara rawak.
Meskipun trend tersebut mendapat sambutan, namun ramai dalam kalangan netizen mempersoalkan hukum jual beli tersebut sama ada ia dibenarkan di sisi Islam ataupun tidak.
Image via TikTok
Hukum jual beli menerusi kaedah 'live cedok adalah haram di sisi Islam
Menerusi satu perkongsian di Facebook Muamalat.my, seorang individu mengajukan soalan tentang hukum jual beli 'live cedok' yang menjadi trend pada masa kini.
Soalan di Inbox:
Assalamualaikum, saya nak bertanya soalan berkenaan dengan jual beli masa kini. Saya ada tengok yang orang jual guna kaedah cedok cedok secara live dekat TikTok/IG story. apakah hukumnya ya? adakah sah jual beli tersebut? kiranya pembeli tak boleh pilih. Penjual akan jual contohnya 1 cedok barang makeup RM80.
Pembeli pun decide nak beli 1 cedok. Jadi penjual akan cedokkan secara live 1 cedok tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang dicedokkan oleh penjual tu.
Jawapan:
Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gharar yang diharamkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang diharamkan kerana unsur gharar fahisy yang jelas.
Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)
Image via TikTok
Menurut Imam Nawawi, al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentuh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual dan tidak boleh lagi ada pilihan.
Jual beli sebegini, menurut Ibn Hajar al-Asqalani sebagai bentuk jual beli jahiliah.
Imam Nawawi menyifatkan jual beli sebegini adalah batil, tak sah kerana mengandungi unsur gharar.
Rasulullah SAW melarang keras bentuk jual beli gharar (Sahih Muslim). Gharar ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Bahkan bentuk dan struktur jual beli tersebut sudah dicipta untuk mewujudkan unsur ketidakpastian.
Gharar ada dua keadaan, sama ada gharar wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak.
Keduanya gharar al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.
Cedok-cedok adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk gharar. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.
Hati-hatilah sama ada penjual atau pembeli, kedua-duanya diharamkan terlibat dalam aktiviti seperti ini. Ia adalah amalan jahiliah yang tidak wajar dijadikan bisnes mahupun sengaja nak buat konten.
Mungkin ada orang kata, ala, setakat jual 5 ringgit gula-gula je. Oleh kerana by structure ia adalah gharar maka ia tetap haram.
PU Amin tampil beri penjelasan mengenai isu hukum haram 'live cedok'
Perkongsian video PU Amin mengenai hukum trend niaga cedok di TikTok ini sangat jelas. Rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini.
Malah, ada yang memberitahu mereka juga ada menegur segelintir penjual di TikTok yang berniaga cara 'live cedok' itu, tapi tidak diendahkan.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 652.7K views, 76.4K likes dan 3,163 comments di TikTok.
Berikut antara komen menarik netizen di TikTok:
Image via @ustazamirulamin (TikTok)
Image via @ustazamirulamin (TikTok)
Image via @ustazamirulamin (TikTok)
Image via @ustazamirulamin (TikTok)
Insya-Allah, masih awal untuk kita berhenti, ustaz tegur tanda sayang. Moga Allah SWT berkati rezeki kita :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!
Image via SAYS Seismik
Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment