Universiti Sultan Azlan Shah Tawar 'Laluan Khas Naib Canselor' Buat Peminat Sukan Outdoor
Cepat rebut peluang keemasan ini sebelum terlambat.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Berita baik buat para pelajar yang ingin menyambung pelajaran dalam peringkat pengajian tinggi
Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah membuka satu 'laluan khas Naib Canselor' bagi permohonan kemasukan pelajar baru ambilan tahun 2022.
Perkara itu dikongsikan sendiri oleh Naib Canselor USAS , Tan Sri Prof. Dr. Nordin Kardi di laman Facebook rasminya semalam (17 Julai 2022) mengenai pengumuman berkenaan.
Beliau menjelaskan bahawa jika ada pelajar masih tercicir, pihaknya berbesar hati ingin membantu.
"Saya buka Laluan Khas Naib Canselor (maksudnya tak payah isi borang supaya cepat). Hanya beri saya Slip SPM/STPM/DIPLOMA dan nombor telefon. Hanya melalui FB Messenger. TAWARAN SEMINGGU SAHAJA.
"SPM 3 kredit minimum untuk Diploma, 5 kredit laluan pantas setahun ke Ijazah dan STPM dan Diploma ke Ijazah. Kami juga sedia beri transfer kredit dari universiti lain dalam dan luar negara yang ingin belajar seterusnya di USAS. Yang cemerlang kami timbang BIASISWA," ujarnya.
Tambahnya lagi, keutamaan laluan khas kali ini ialah pelajar yang sukakan aktiviti outdoor bukan hanya belajar di kuliah sepanjang masa.
Antara ciri keutamaan yang lain adalah seperti berikut:
- sukan outdoor
- bersukarela outdoor
- aktiviti lasak
- suka aktiviti ke luar negara
Tidak perlu isi borang apa-apa, hanya perlukan salinan slip dan nombor telefon untuk mohon
Menurutnya lagi, tidak mengira usia sama ada tua atau muda, pihaknya mengalu-alukan sesiapa sahaja yang berminat untuk melanjutkan pengajian bersama USAS.
"Ada sesiapa yang anak atau diri sendiri nak masuk U tapi tertunggu tunggu jawapan tak pasti. Lepas tu pening pulak isi macam macam borang. Saya akan jawab paling lewat 30 jam. Besok dah boleh rasa duduk dewan Kuliah.
"Ada sesiapa terdesak nak masuk U hari ni juga, bukan besok, bukan minggu depan bukan September macam Universiti lain? Terus saja ke kampus USAS hari ni juga sebelum pukul 5.00 petang, bawa salinan sijil (SPM 3 kredit minimum) dan sebut nama saya.
"Katakan Calon Short Cut Naib Canselor. Sebut nama saya. Tak sempat siap bag pakaian pun tak apa, nanti kami bantu malam ini atau besok.
"Mari ke USAS, tak payah pening isi apa apa borang. Beri salinan slip dan nombor telefon saja. Borang isi kemudian bila dah masuk," kongsinya.
Sebagai rekod, USAS dahulunya dikenali sebagai KISDAR atau Kolej Islam Darul Ridzuan dan Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS). Ia adalah sebuah universiti swasta yang terletak di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak serta dimiliki oleh Kerajaan Negeri Perak.
Universiti ini telah ditubuhkan sejak tahun 1999 hasil cetusan idea daripada Sultan Perak ke-34. Bermula di kampus sementara terletak di Ipoh, seterusnya berpindah ke kampus tetap sekitar tahun 2009 yang terletak di tanah waqaf oleh Sultan Perak ke-35.
Kalau ada yang berminat untuk daftarkan diri bagi melanjutkan pengajian tinggi, inilah masanya! Klik di sini boleh terus mohon ya.
Selamat maju jaya dan menuntut ilmu di menara gading! :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!