seismik

UAI ‘Speaking London’ Dengan Minah Salleh Terangkan Pasal Ibadah Korban Ini Jadi Perhatian

Ustaz Azhar Idrus kelihatan tenang dan bersahaja.

Cover image via Wan Luqman Hakim (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa tak kenal Ustaz Azhar Idrus atau UAI seorang penceramah bebas di Malaysia yang amat diminati oleh segenap lapisan masyarakat

Beliau terkenal dengan gaya penyampaian dan ceramahnya yang amat bersahaja, diselit dengan jawapan lucu tetapi tepat, padat dan mengena serta pekat dengan slanga Terengganu.

Begitupun, baru-baru ini tular sebuah video di Facebook yang dimuat naik oleh Wan Luqman Hakim yang memaparkan dua minah salleh bertanya tentang ibadah korban kepada UAI.

Menerusi video berkenaan, dapat dilihat UAI secara tenang menjawab soalan daripada minah saleh tersebut berhubung ibadah korban dan menjelaskan kenapa ia dilakukan.

Tonton video penuh tersebut di bawah:

"MasyaAllah.. UAI speaks science that proved the truth.. from the quran and hadith" - Netizen

Perkongsian berkenaan telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen berasa bangga kerana UAI mampu berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Bukan itu sahaja, malah ada juga yang berseloroh mengatakan mungkin lepas ini boleh memberikan ceramah menggunakan bahasa Inggeris pula.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati kebanyakan netizen turut sama memuji usaha yang dilakukan pendakwah itu dalam menyampaikan ilmu kepada yang lain.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Facebook:

Terbaiklah UAI! Orang kampung pun tekun je dengar beliau speaking dan jelaskan dekat minah salleh tu :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: