Tampil Konsep Baharu, Nike By Sunway Bagi Pelanggan Rasai Sendiri Pengalaman Best Of Nike
Nike By Sunway kini mencipta pengalaman baru untuk semua orang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
GMG sebuah syarikat global yang meruncit, mengedar dan mengeluarkan portfolio jenama antarabangsa tempatan terkemuka baru-baru ini telah memperkenalkan butik Nike terbaru di Sunway Pyramid iaitu Nike By Sunway
Ia adalah sebagai sebahagian daripada rancangan perkembangan operasinya di seluruh Asia. Nike By Sunway menggambarkan konsep baharu yang direka untuk komuniti tempatan dan menawarkan ruang unik dengan pengalaman membeli-belah luar biasa.
Nike By Sunway juga bersedia menghubungkan peminat sukan dari semua lapisan masyarakat melalui pengalaman manusia unik.
Direka dengan teliti, pelan butik Nike By Sunway ini menyerupai rumah, menjemput pelanggan untuk merasai sendiri pengalaman Best of Nike.
Butik ini turut direka bentuk sebagai ruang komunal di mana pelanggan boleh duduk dan berhubung dengan rakan-rakan peminat sukan.
Pelanggan dapat rasai sendiri pengalaman membeli-belah 'Best of Nike' di Nike By Sunway
Dengan mengambil kira pengalaman pelanggan Best of Nike, bilik persalinan tidak terkecuali dalam mencipta pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Ruang berkenaan dihiasi dengan cermin tinggi, pencahayaan yang boleh ditala dan butiran terperinci ketika anda sedang mencuba pakaian.
“Kami teruja dengan momentum perkembangan kami semasa meraikan pembukaan semula butik Nike yang kesembilan ini di Malaysia. Kami juga komited untuk membawa pengalaman membeli-belah yang lancar menggabungkan digital dengan kedai brick-and-mortar.
“Ini adalah usaha kami untuk bertindak balas dan menyasarkan untuk menaikkan permintaan pengguna yang semakin tinggi dan mengikuti evolusi reka bentuk runcit,” kata Mohammad A. Baker, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GMG.
Nike By Sunway kini mencipta pengalaman baru untuk semua orang
Golongan wanita juga boleh meminta personal bra fitting dan juga styling untuk memenuhi gaya hidup aktif tersendiri.
"Butik baru ini ditubuhkan bertujuan untuk mencipta pengalaman yang boleh dikaitkan, tulen dan peribadi untuk memberi inspirasi kepada peminat sukan dan memupuk rasa cinta yang dikongsi untuk sukan," kata Carl Masterman, Naib Presiden Peruncitan Kanan, SEA – Sukan.
Ahli sedia ada dijemput untuk meraih ganjaran seperti akses awal kepada keluaran eksklusif, pelancaran, acara dan undian eksklusif.
Butik ini juga menawarkan perkhidmatan temu janji untuk membeli-belah dalam kedai, penghantaran ke rumah atau pengambilan di mana-mana lokasi untuk mengambil barangan mereka di dalam kawasan pusat beli-belah berkenaan.
Nike By Sunway
Lokasi: Lot No. G167, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: Dibuka setiap hari (10 pagi - 10 malam)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!