seismik

"Siap Bertanjak & Berbaju Layang" - Aksi Shaukat Di Texas Ini Jadi Tumpuan Peminat Gusti

Shaukat tampil segak bertanjak disertai dengan video beliau bersilat sebelum masuk ke gelanggang.

Cover image via @ayezshaukatfonseka (Instagram)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Bintang gusti negara, Shaukat membuat debut di Reality Of Wrestling, pentas gusti yang dimiliki oleh lagenda WWE, Booker T di Texas, Amerika Syarikat baru-baru ini

Ayez Shaukat Fonseka atau nama gusti pentasnya, Shaukat tampil segak bertanjak dan berbaju layang Melayu disertai dengan video beliau bersilat sebelum masuk ke gelanggang.

Menurut laporan Harian Metro, bagi mengetengahkan identiti Malaysia, Shaukat tampil dalam rancangan itu dengan memakai tanjak dan jaket songket ditempah oleh Paul Carling, pereka pakaian dari Sarawak yang banyak menghasilkan busana pertandingan Ratu Cantik di Borneo.

Tambah Shaukat lagi, beliau telah menerima tawaran itu sejak dua tahun lalu namun terpaksa menangguhkan hasrat untuk ke sana memandangkan ada kekangan untuk mendapatkan kelulusan visa disebabkan pandemik Covid-19.

Beliau telah ke Amerika Syarikat (AS) pada awal bulan selama dua minggu bagi menjayakan rakaman yang diadakan di Stadium World Gym Arena, Texas.

Berkongsi pengalamannya, Ayez mengakui terharu kerana mendapat layanan baik oleh semua pihak yang menjayakan rancangan malah gembira kerana turut diundang Dr Tom Prichard, jurulatih legenda WWE, The Rock untuk mengajar kelas seni lakonan di Knoxville, Tennessee, AS.

Shaukat turut berjaya menewaskan Jonathan J Vega dalam aksi penampilan pertamanya

Penampilan bertanjak beliau yang lain daripada yang lain ternyata menerima sambutan yang baik daripada penonton dan perlawanan pertama beliau adalah menentang Jonathan J Vega.

Beliau menang dalam perlawanan ini dan menurut pengulas, Shaukat mempunyai ‘auranya’ yang tersendiri apabila berada di dalam gelanggang. 

Rata-rata peminat dan rakan selebriti tempatan turut berbangga dengan pencapaian Shaukat di pentas antarabangsa.

Dalam pada itu, Booker T sebelum ini pernah berkata Shaukat mempunyai bakat tersendiri dan berminat untuk membawanya menyertai Reality Of Wrestling.

Sebagai rekod, Shaukat pernah terbabit dalam telefilem Budak Lorong serta berlakon filem Juvana 2 dan Juvana 3.

Selain itu, dia turut pernah menjadi pelakon dan penolong pengarah filem Gila Gusti dan filem pendek berjudul Taruh yang tular sejak dikongsi di laman FB Cineplus Asia. Malah, Shaukat juga pernah mengarahkan filem Inggeris berjudul Dark Eye untuk Amazon.

Tonton video penuh aksi Shaukat di Reality Of Wrestling di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: