seismik

Cetus Kebimbangan Jiran, Sebuah Rumah Ala 'Kuil' Diarah Henti Ubah Suai Serta-Merta

Tindakan pengubahsuaian berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa penduduk setempat.

Cover image via Media Variasi (Fcebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Pemilik sebuah rumah ala 'kuil' di Taman Surian, Mantin, Negeri Sembilan bakal hadapi tindakan undang-undang selepas didapati melakukan pengubahsuaian kediaman tanpa kelulusan

Menerusi laporan Kosmo, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) kini sedang menyiapkan proses dokumentasi bagi mengambil tindakan undang-undang lanjut.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali berkata, pihaknya mengesahkan menerima aduan daripada jiran pemilik rumah tersebut yang mendakwa tindakan pengubahsuaian berkenaan telah menimbulkan rasa tidak selesa mereka.

Beliau berkata, susulan isu tersebut, MBS telah mengeluarkan beberapa kali notis kepada pemilik rumah berkenaan dengan yang terakhir diberikan pada 14 April lalu.

“Kami memang telah berikan notis kepada pemilik untuk merobohkan, namun disebabkan tiada tindakan dan pembinaan terus dilakukan jadi kami bawa ke peringkat seterusnya iaitu bagi tindakan undang-undang,” katanya.

Kerja pengubahsuaian tanpa kelulusan di rumah berkenaan di Taman Surian, Mantin, Seremban telah dihentikan pihak MBS hari ini.

Image via Kosmo!

Ingkar arahan untuk memberhentikan kerja kerana dipercayai pengubahsuaian tiada kelulusan

Seorang lelaki bimbang pembinaan rumah tanpa kelulusan bentuk seperti 'kuil' di sebelah rumahnya di Taman Surian, Mantin Negeri Sembilan.

Rumah bentuk 'kuil' itu boleh mewujudkan sentimen perkauman dan ketidakselesaan kepada penghuni Taman Surian terutamanya rumah berhampiran memandangkan ianya bersambung ke kediamannya dan perkara itu sudah dilaporkan ke pihak MBS pada 14 Februari lalu.

Pihak MBS sudah mengeluarkan notis arahan sebanyak tiga kali sepanjang tempoh bermulanya pengubahsuaian dari tahun 2019 untuk memberhentikan kerja kerana dipercayai pengubahsuaian tiada kelulusan.

Isu ini tidak meleret panjang jika jiran berkenaan mengambil langkah mematuhi arahan MBS dan juga pihak MBS ambil tindakan tegas memastikan pematuhan berlaku.

Tidak nampak sebarang tindakan seperti memberhentikan kerja-kerja pengubahsuaian rumah

Sebagai rekod, menerusi laporan Media Variasi, lelaki itu mendakwa pemilik kediaman berkenaan dipercayai mencabut 'tali kuning' yang telah dipasang, dan meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian. Dan setelah beberapa kali aduan dibuat, masih tiada lagi tindakan susulan dari pihak MBS.

"Dia masih meneruskan pengubahsuaian rumah yang kelihatan seperti kuil itu tanpa mengikut tatacara keselamatan sehingga menyebabkan keretakan pada rumah saya dan masih belum dibaiki sehingga kini.

"Pada 29 Mac lalu, isteri saya terkejut apabila melihat beberapa ketul pecahan batu bata di dalam kawasan porch rumah, kerosakan pada cermin motorsikal juga disebabkan batu bata yang jatuh.

"Kami bernasib baik kerana tidak ada ditempat batu bata jatuh dan kebiasaannya disinilah anak-anak saya akan bermain di waktu petang.

"Walaupun notis dikeluarkan hingga ke hari ini pihaknya masih lagi menjalankan pengubahsuaian dan penambahan yang melampau hingga merosakkan beberapa tempat di rumah saya seperti retak, bocor dan lembap didinding bilik dan ruang tamu.

"Ada juga batu bata jatuh, paku dan skru serta simen bertaburan dan bersepah hingga ke kawasan laman rumah saya, hingga menyebabkan salah satu tayar kereta saya tertusuk dengan paku yang digunakan selain simen dan habuk mengenai kereta saya tetapi dinafikan dan jiran tidak mahu bertanggungjawab," ujarnya.

Image via Media Variasi

Aduan Halim dibawa ke Persatuan Pengguna Islam Malaysia bagi tindakan selanjutnya.

Susulan aduan Halim ke MBS, pemilik kediaman itu dipercayai menyerang dengan menumbuk kereta dan cermin sehingga retak.

"Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Mantin, Nilai," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai, Superintenden Mohd Fazley Ab Rahman juga telah mengesahkan ada menerima laporan berkenaan.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: