Isu Tipu Sijil Digital Vaksin, Denda RM100,000 & Penjara Menanti Individu Yang Ingkar
Tindakan undang-undang berkenaan diambil bagi membendung masalah isu tipu sijil digital vaksin yang timbul.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Bagi mana-mana individu yang ingkar menggunakan sijil digital vaksinasi palsu kini boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 dan hukuman penjara
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said memberitahu Dewan Rakyat dalam sidang Parlimen hari ini, hukuman tersebut boleh dikenakan kepada individu didapati bersalah memalsukan sijil vaksin.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Shaharizukirnain Abd. Kadir (Pas - Setiu), yang mahukan penjelasan mengenai jumlah individu yang telah dikenakan tindakan atas kesalahan memalsukan sijil digital vaksin.
Sebelum itu, Shaharizukirnain turut meminta Kementerian Dalam Negeri menyatakan tindakan yang akan dikenakan ke atas golongan yang memalsukan sijil suntikan vaksin.
Dalam pada itu, seramai 10 individu telah dihadap ke mahkamah atas pertuduhan memalsukan sijil digital vaksin, setakat ini
Image via Bernama
Daripada jumlah tersebut, seorang individu di Sarawak didapati bersalah atas pertuduhan tersebut dan mengikut pecahan negeri satu kes direkodkan di Kelantan, Melaka (dua), Sarawak (empat), Perak (satu) serta Sabah (dua).
Mengulas lanjut, Ismail berkata, mana-mana individu yang memalsukan sijil suntikan vaksin, tindakan undang-undang boleh diambil di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
"Tindakan kompaun boleh dikenakan dengan serta-merta sekiranya mereka didapati bersalah bagi menjimatkan masa dan meningkatkan kesedaran masyarakat. Pada masa yang sama, siasatan lanjut boleh dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada iaitu sama ada di bawah Akta 342 atau Kanun Keseksaan," katanya.
Image via SAYS Seismik
Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:
Leave a comment