Don't miss out! We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.
seismik

Jabatan Perikanan Sahkan Ada Individu Sengaja Lepaskan Ikan Alligator Gar Di Sungai Klang

Seram ya tengok muka dia.

Cover image via Sinar Harian

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mengenal pasti ada individu tidak bertanggungjawab melepaskan ikan asing spesies alligator gar ke perairan umum baru-baru ini

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar berkata ikan spesies invasif itu ditangkap di Sungai Klang dengan berat 16.94 kilogram (kg).

Menurutnya, pada tahun 2020 juga pernah tular bangkai seekor ikan berkepala buaya yang ditemui di perairan Sabak Bernam.

Image via googleapis.com

"DOF menggesa orang ramai agar melaporkan sebarang aktiviti pelepasan alligator gar ke perairan umum kepada pihak berkuasa.

"Jabatan Perikanan Selangor mengambil serius isu ini dan menyeru kepada semua untuk memastikan perairan umum di Negeri Selangor dipenuhi dengan spesies asli sahaja.

"Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab, kita perlu melindungi ekosistem perairan kita daripada ancaman spesies ikan asing," katanya.

Pengarah Jabatan Perikanan Selangor, Noraisyah Abu Bakar

Image via Sinar Harian

Difahamkan, ikan alligator gar bukan spesies ikan air tawar tempatan dan dipercayai telah diimport serta dilepaskan ke Sungai Klang oleh pembela haiwan eksotik yang tidak bertanggungjawab

Pada asalnya, ikan itu diperkenalkan di Malaysia sebagai haiwan belaan dalam akuarium, namun akan dilepaskan ke perairan tempatan apabila ia menjadi terlalu besar untuk dipelihara.

"Alligator gar atau nama saintifiknya atractosteus spatula, berasal dari Amerika Utara dan Amerika Tengah (Lembangan Sungai Mississippi dan Sungai Missouri).

"Purata saiz ikan ini adalah antara 2 hingga 2.5 meter dengan berat purata 90 hingga 110kg. Ikan ini bersifat karnivor dan dietnya terdiri daripada apa sahaja ikan yang boleh dimuatkan dalam mulutnya," katanya.

Sebagai pemangsa oportunistik, alligator gar sangat rakus dan akan makan apa sahaja yang dapat ditangkapnya.

Image via Sinar Harian

"Melepaskan spesies ikan asing ke dalam habitat yang bukan asal mereka boleh membawa kesan negatif yang besar terhadap keseimbangan ekosistem.

"Ikan alligator gar berpotensi bersaing dengan spesies tempatan dan boleh menyebabkan kepupusan ikan asli di perairan tersebut," katanya lagi.

Menurutnya, pihak mereka sentiasa bersedia memberi kerjasama dengan pelbagai agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi mengawal isu kehadiran ikan asing ini.

"Beberapa program telah dilaksanakan dengan dihadiri masyarakat setempat seperti Program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat Sungai Langat - Memburu Ikan Asing Bersama Komuniti serta Program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat - Memburu Ikan Asing Tasik Biru," katanya.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

Don't miss out on Malaysia's top stories!

We'll send a list to your inbox, once a day. Subscribe now!

Thank you!

We've just sent you an email with your subscription link. Click on it to confirm your request.

Subscription failed!

Sorry, there seems to be an error.

Leave a comment