seismik

Lampin Bayi Cecah RM7 Sehelai Di Gaza, Air Bersih Pula Berharga RM5.20 Seliter

Sedar tak sedar, hari ini genap setahun Gaza dibedil tentera rejim Zionis.

Cover image via Kasih Palestina

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas setahun jenayah genosid dilakukan rejim Zionis dalam konflik 'Taufan Al-Aqsa', barangan keperluan kini semakin sukar diperoleh rakyat Palestin

Menurut laporan Berita Harian, sehelai lampin pakai buang sahaja harganya mencecah sehingga RM7, manakala air bersih dijual pada harga RM5.20 seliter.

Mendedahkan perkara itu, Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan, berkata perkara itu dimaklumkan wakilnya di Gaza iaitu Ahmad Abu Ayesh Annajar.

Menurutnya, susu formula seberat 400 gram untuk bayi berharga RM38 di tengah Gaza dan Khan Younis, namun meningkat sehingga RM59 di Jabalia, utara Gaza kerana lebih sukar diperoleh.

Image via Kasih Palestina

"Barangan keperluan semakin sukar diperoleh dan harganya pula amat tinggi. Fokus kami untuk masa terdekat ini ialah air bersih dan susu formula untuk bayi.

"RM5.5 juta sudah kita salurkan ke Gaza, mungkin kita anggap satu jumlah yang besar, namun hakikatnya jumlah itu belum memadai," katanya.

Majlis makan malam amal itu dianjurkan MCM dengan kerjasama Maktabah Mohamad Al-Bakri.

Zulkifli berkata, sepanjang Taufan Al-Aqsa 365 hari lalu, pelbagai program dilaksanakan antaranya menyediakan makanan panas untuk 2,000 orang sehari di khemah pelarian sekitar Gaza.

Image via Siaga Peduli

"Satu daripada lokasi tetap bantuan ialah Sumoud Camp atau dikenali juga sebagai Kem Muslim Care Malaysia, dekat Khan Younis.

"Di situ, MCM Palestin menguruskan khemah untuk kira-kira 100 keluarga membabitkan kira-kira 800 hingga 1,000 orang. Turut disediakan tiga surau dan bekalan elektrik daripada tenaga solar," katanya.

Pihaknya menyasarkan untuk mengumpul RM1 juta lagi daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan ke Gaza kerana keperluan di sana semakin mendesak

Sementara itu, Penasihat MCM, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata pelaksanaan kempen berkenaan secara tidak langsung dapat membantu salah satu masalah yang dihadapi mereka.

Katanya, bantuan kewangan itu boleh digunakan oleh rakyat Palestin dalam mendapatkan bekalan air bersih, susu dan makanan.

"Saya yakin dan percaya, InshaAllah apabila kita boleh lakukan perkara sedemikian (beri sumbangan), kita boleh berjaya," katanya.

Image via Berita Harian

Sementara itu, Setiausaha Agung PBB iaitu Antonio Guterres seru keamanan dan keadilan genap setahun serangan Israel ke atas Gaza

Image via Berita Harian

"Sudah tiba masanya untuk membebaskan tawanan. Sudah tiba masanya untuk menghentikan pertempuran. Sudah tiba masanya untuk menghentikan penderitaan yang melanda rantau ini. Sekarang adalah masanya untuk keamanan, undang-undang antarabangsa dan keadilan," katanya.

Guterres turut menekankan kepentingan untuk terus berusaha mencapai penyelesaian kekal terhadap konflik ini, yang membolehkan Palestin, Israel, dan semua negara lain di rantau ini hidup dalam keadaan aman, bermaruah, dan saling menghormati.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: