seismik

Fattah Amin & Fazura Sah Bercerai Talak Satu Di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Hari Ini

Semoga yang baik-baik saja buat mereka sekeluarga.

Cover image via MDAILY & SHIDDIQIN ZON (Kosmo!)

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga, pasangan selebriti popular Fattah Amin dan Fazura akhirnya sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Subang Bestari, Selangor hari ini

Menurut laporan Sinar Harian, selepas prosiding berlangsung hampir satu jam, mahkamah merekodkan talak oleh Fattah atau nama penuhnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 34, itu di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malik Soleh pada jam 9.45 pagi.

Selesai menjatuhi talak, Fattah kelihatan sugul sementara Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 40, menangis kemudian memeluk ahli keluarganya.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan cerai yang difailkan Fazura mengikut mengikut Seksyen mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Hakim Syarie itu mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Fazura menjalani tempoh edah selama tiga kali suci serta mendaftarkan perpisahan berkenaan.

Dakwaan keretakan rumah tangga pasangan selebriti Fazura dan Fattah Amin semakin jelas apabila aktres itu menfailkan penceraian pada 13 September lalu.

Fazura dan Fattah yang mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dikurniakan seorang anak perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia empat tahun.

Image via MDAILY

Lihat video di bawah:

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: