Wanita Dedah Suami Jenis Berkira, Semua Kos Kena Bahagi Dua Termasuk Pisang Goreng RM6
Melampau sampai pisang goreng pun nak suruh isteri bayar separuh.
Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.
Dalam perkahwinan, sikap toleransi dan saling memahami pasangan adalah kunci paling penting untuk menjamin kehidupan yang bahagia
Tidak dinafikan, setiap pasangan suami isteri pasti akan diuji dengan masalah kewangan kerana kos sara hidup yang semakin mencabar zaman sekarang.
Namun sebagai seorang suami, para lelaki perlulah berusaha lebih untuk mencari rezeki demi menanggung perbelanjaan isteri dan anak-anak kerana itu memang tanggungjawab mereka.
Tetapi, lain pula dengan kisah yang dikongsi oleh seorang wanita di laman X ini apabila suaminya sangat berkira setiap kali mengeluarkan duit untuk membeli apa-apa.
Dah kahwin lapan tahun tapi semua kos perbelanjaan keluarga kena bahagi dua
Menerusi perkongsian ciapan daripada @pelisahh, wanita itu memberitahu perkahwinannya bersama suami sudah masuk tahun ke lapan.
Namun, sepanjang lapan tahun dia berkahwin dengan suaminya itu, segala kos perbelanjaan seperti keperluan anak dan makanan perlu dibahagi dua dan dia diminta untuk membayar sama rata.
Lebih mengejutkan lagi, pisang goreng berharga RM6 yang dibawa ke rumah mak mentuanya pun disuruh bayar separuh. Apabila ditanya mengapa, suaminya berkata kerana dia telah memberi nafkah.
"Sampai macam ni sangat tahap berkira husband I eventhough gaji dia lagi banyak beza almost 2k dengan I," katanya.
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!